Selamat Tinggal Malaysia! Nur Sajat ‘Belanja’ Gambar Rumah Baru Di Australia

Selamat Tinggal Malaysia! Nur Sajat ‘Belanja’ Gambar Rumah Baru Di Australia

Usahawan selebriti sensasi Nur Sajat mengesahkan dirinya kini telah berhijrah ke Australia sejak beberapa hari lalu selepas kononnya diluluskan permohonan menggunakan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok.

Selamat Tinggal Malaysia! Nur Sajat ‘Belanja’ Gambar Rumah Baru Di Australia





ARTIKEL MENARIK:Izwan Azir Salleh Mohon Media Berhenti Promosikan ‘Drama’ DSV & Iqbal Zulkefli


Kehidupan Baru Di Australia 

Menerusi ruangan Instagram live pada pagi Selasa, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkata ketika ini dirinya masih dikuarantin di sebuah hotel di Australia namun dalam masa yang sama teruja untuk meneruskan kehidupan barunya di Australia.

Jelas Sajat, sebelum dia berkongsi mengenai penghijrahannya itu dia terlebih dahulu memohon kebenaran kedutaan Australia untuk berbuat demikian. Tambahnya lagi, dia berasa terharu kerana kedutaan negara itu banyak memberi sokongan terhadapnya dalam pelbagai aspek.

“Saya sekarang ini di Australia. Tak nak pandang belakang dah.

“Saya sekarang sedang menjalani kuarantin. Habis dua minggu nanti saya akan berjalan-jalan

“Disini, saya dikelilingi orang yang mengambil berat pasal saya dan saya temui kebahagiaan saya dekat sini

“Kedutaan Australia banyak sokong saya macam hantar pergi kelas tambahan, perbaiki skill bisnes dan bahasa Inggeris, bagi rumah

“Semua benda ini sebelum saya beritahu saya dah tanya kedutaan dahulu dan mereka membenarkannya” dedah Sajat

‘Belanja’ Gambar Rumah 

Di ruangan Instagram Story pula, Sajat sempat menunjukkan beberapa foto rumah baharunya di Australia. Difahamkan, pelantun Makhluk Penggoda itu menetap di Canterbury, Australia.



Loading...






Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Sajat telah ditahan oleh Imigresen Thailand di sebuah kondominium di Thailand. Bagaimanapun, usahawan itu telah dibebaskan dan memaklumkan kepada pihak berkuasa di sana bahawa dia merupakan seorang pelarian. Difahamkan, usahawan itu berjaya meloloskan diri ke Thailand menerusi sebuah gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis.


Kredit - Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post