Netizen Pelik, Senario Jarang Dijemput Sebagai Juri Program Lawak. Saiful Apek Beri Jawapan ‘Win’

Netizen Pelik, Senario Jarang Dijemput Sebagai Juri Program Lawak. Saiful Apek Beri Jawapan ‘Win’

Pelakon dan pelawak Saiful Apek menjawab persoalan netizen yang mempersoalkan mengapa kumpulan Senario sering tidak dipanggil sebagai juri program lawak.

Netizen Pelik, Senario Jarang Dijemput Sebagai Juri Program Lawak. Saiful Apek Beri Jawapan ‘Win’





ARTIKEL MENARIK:‘Sekarang Dah 2021!’- Harith Iskander Respon Terhadap Dakwaan Khairy Jamaluddin Pakai Tangkal




Menerusi tweet pengguna Twitter yang dikenali sebagai @NaufalAntezem, beliau akui rasa pelik kerana kumpulan pelawak Senario masih wujud tetapi mereka sering tidak dipanggil untuk menjadi juri program lawak.

“Kita masih ada Senario tapi mereka tak selalu jadi program lawak. Pelik bukan?.”-Tweet @NaufalAntezem

Saiful Apek Beri Jawapan ‘Win’

Salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Saiful Apek kemudian tampil menjawab persoalan pengguna Twitter tersebut memberitahu bahawa laman Twitter mereka sukar untuk diikuti oleh ramai orang, inikan pula stesyen televisyen mahu memanggil mereka sebagai juri program lawak.

“Kat Twitter ni pun susah korang nak follow, nikan lagi stesyen tv nak panggil jadi juri.”-Saiful Apek


Pelbagai Reaksi Netizen

Menerusi tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan pendapat terhadap kumpulan pelawak veteran tersebut.



Loading...


“Dorang sekarang nak panggil yang ada follower million, mana dorang nak pandang dah pelawak veteran ni. Zaman da berubah..teruk betul.”

“Sebab ape tau, sebab rating jer. Astro ni memang carik artis yang boleh naik rating diorang. MLM ni hanya sekadar hiburan jer. Bukan tempat produce new talent pun. Bertabahlah netizen sakit mata dan hanti dengan juri yang ada.”

“Pastu jemput ustaz jadi juri hahahaa. Begitulah Malaysiaku Tercinta.

“Hahaha tulah tak faham. pertandingan lawak, pelawaklah juri. Pertandingan nyanyi, penyanyi lah juri, Pertandingan memasak, tukang masak lah juri. Ni sapa2 tah jadi juri.”


Terdahulu, Murai My pernah melaporkan bahawa kumpulan Senario bakal  kembali dengan filem terbaharu tidak lama lagi. Selain Saiful Apek, kumpulan yang sering silih berganti aanggotanya ini terdiri daripada Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussein, Ilya Buang, Hamdan Ramli, dan Yassin Yahya.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post