BLACKPINK Tidak Lagi Akan Terima Hadiah Dari Peminat, Ini Sebabnya!

BLACKPINK Tidak Lagi Akan Terima Hadiah Dari Peminat, Ini Sebabnya!

Agensi kepada BLACKPINK, YG Entertainment mengumumkan bahawa BLACKPINK tidak akan menerima sebarang hadiah daripada peminat melainkan surat daripada mereka.

BLACKPINK Tidak Lagi Akan Terima Hadiah Dari Peminat, Ini Sebabnya!



Terima “Terlalu Banyak Ucapan Tahniah”


ARTIKEL MENARIK:Suami Durjana. Ini Yg Dia Lakukan Pada Isteri Dan Anaknya.


Menerusi pengumuman yang dibuat di laman web rasmi YG Entertainment, mereka mengumumkan kepada BLINK bahawa kumpulan superstar itu tidak lagi akan menerima hadiah daripada peminat. Keputusan itu dibuat sebagai respon terhadap “ucapan tahniah yang terlalu banyak” diterima BLACKPINK sewaktu sambutan ulangtahun ke-5 mereka.

“Hello, saya adalah pengurus sokongan. Kami ingin membuat pengumuman mengenai FAN SUPPORT yang terus menyokong BLACKPINK.

Tahun ini, disebabkan kami menerima ucapan tahniah yang terlalu banyak untuk ulang tahun ke-5 mereka, kami membuat keputusan untuk pengumuman yang sukar mengenai sokongan dan hadiah dari peminat selepas berbincang dengan ahli kumpulan BLACKPINK untuk masa yang lama.”- ujar YG Entertainment dalam sebuah kenyataan


YG Entertainment

Tolak Hadiah Peminat Dengan Rasa Hormat


YG Entertainment turut memberitahu bahawa mereka akan mula menolak hadiah dari peminat dengan rasa hormat dan berterima kasih terhadap sokongan yang diberikan.



Loading...


“Mulai sekarang, kami dengan  rasa hormat akan menolak hadiah yang dihantar dengan penuh kasih sayang dari peminat untuk meraikan hari-hari istimewa BLACKPINK, seperti (debut kumpulan, debut solo, ulangtahun), broadcast (rancangan muzik, radio, rancangan variety(/ persembahan (snek, gubahan bunga).

Kami akan rasa bersyukur sekiranya anda mengirim hadiah dan sokongan kepada mereka (BLACKPINK( untuk menyambut hari-hari istimewa mereka, hadiah itu dihantar kepada orang lain yang lebih memerlukan. Harap maklum bahawa kami akan menghantar kembali atau membersihkannya tanpa notis  mengenai hadiah ulangtahun, hadiah yang dihantar atau menerusi penghantaran pantas melainkan surat dari peminat.”- kata mereka lagi

Peminat Luah Rasa Kagum


Dalam pada itu, Para BLINK mengagumi keputusan BLACKPINK yang bermurah hati untuk menghantar hadiah pemberian peminat buat mereka yang memerlukan.

“BLACKPINK tidak lagi menerima hadiah daripada peminat pada sambutan dan acara yang akan datang kerana mereka gembira melihat hadiah itu akan diberikan kepada tempat dan orang yang memerlukan bantuan. blackpink gadis terbaik.”

pinks are no longer be accepting any gifts from fans in future celebrations and events as they would be happy to see if the gifts will be given to places and people who are in need of assistance. best girl blackpink 😭💗

— marcial (@sooftchu) October 12, 2021

“Gadis-gadis itu sendiri memutuskan untuk tidak menerima hadiah peminat kecuali surat dan memberikannya kepada mereka yang memerlukan. Saya terharu.” tulis mereka

the girls themselves deciding not to accept fan gifts except letters and to give it instead to those who are in need. i'm touched, i stan the right girls 🥺💖 @BLACKPINK pic.twitter.com/AtWSpQC4bK

— 𝘀𝗸𝘆 (@pinkskyl_) October 12, 2021

Buat peminat BLACKPINK, lepas ni hantar surat je tau!


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post