Jangan Terlalu Gembira! Ini Kos Tersembunyi Yang Anda Perlu Tanggung Sekiranya Ke Luar Negara

Jangan Terlalu Gembira! Ini Kos Tersembunyi Yang Anda Perlu Tanggung Sekiranya Ke Luar Negara

Pada Ahad baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan khabar gembira apabila semua rakyat Malaysia yang telah lengkap vaksin dibenarkan untuk merentas negeri.

Jangan Terlalu Gembira! Ini Kos Tersembunyi Yang Anda Perlu Tanggung Sekiranya Ke Luar Negara



Bukan itu sahaja, kerajaan turut membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara, termasuk untuk melancong tanpa melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen.

ARTIKEL MENARIK:Ibu bapa boleh semak status vaksinasi sekolah dalam talian, kini di COVIDNOW


Bagaimanapun, individu berkenaan harus lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari sebaik pulang ke tanah air. Bercakap mengenai perihal tersebut,seorang pengguna laman Twitter yang dikenali sebagai @AfiqMahadhir berkongsi kos tersembunyi buat mereka yang merancang ingin ke luar negara.

Kos Tersembunyi Yang Anda Perlu Tanggung Sekiranya Ke Luar Negara

Dengan perkongsian yang dibuat, barangkali anda akan berfikir sebanyak dua kali untuk ke destinasi pilihan di luar negara melainkan sekiranya anda benar-benda bajet yang mencukup dan peruntukan cuti yang masih banyak!

1. Kos Ujian Swab COVID-19

Hampir semua negara meletakkan syarat kemasukan pelancong luar perlu negatif hasil ujian PCR. Dengan rata-rata kos bermula RM150-RM400 mengikut negara.Difahamkan, ada negara yang mewajibkan 2 kali swab test iaitu sebelum tiba dan sebaik tiba di sana.

2. Kos Kuarantin Perlu Ditanggung Sendiri


Benar! Terdapat beberapa negara yang meletakkan syarat wajib untuk dikuarantin terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan mereka termasuk Malaysia. Jika di Malaysia, kerajaan menetapkan 14 hari untuk kuarantin dengan kos tanggungan sendiri. Jika dikira, kos keseluruhan RM2,100 (RM150/hari) dan kos di negara lain juga adalah berbeza.



Loading...


3. Cuti ‘Burn’


Sekiranya anda pulang ke tanah air kelak, perlu diingatkan anda perlu mengambil cuti tambahan bagi menjalani kuarantin sebanyak 14 hari. Jika ditolak cuti pada hari minggu, anda perlu peruntukkan cuti sebanyak 10 hari lagi tanpa dicampur dengan cuti yang anda telah ambil untuk bercuti sebelum ini. Sekiranya anda masih dalam mood ‘Work From Home’ barangkali ini bukanlah satu masalah.

4. Risiko Jangkitan COVID-19

Mungkin ada yang terlepas pandang mengenai hal ini . Namun, sekiranya anda disahkan positif di negara yang anda lawati dan tanpa persediaan mengambil insurans, sudah pasti kos rawatan di sana menelan belanja yang tinggi. Nasihat kami, pastikan anda membuat persediaan dari segi insurans kerana wabak seperti ini pada bila-bila masa sahaja boleh dijangkiti meskipun diri kita sudah divaksin.

2. Kuarantin Dengan Tanggungan Sendiri

Syarat yang ditetapkan beberapa negara untuk tidak mengenakan kuarantin mungkin melegakan kita. Tetapi, Malaysia masih mewajibkan kuarantin 14 hari dengan tanggungan sendiri. Kos keseluruhan RM2,100 (RM150/hari). Belum kira Negara lain? pic.twitter.com/I16zhnvS5w

— محمد أميرول أفيق (@AfiqMahadhir) October 10, 2021


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post