Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, on aircond, wangian yang menusuk pasti dapat memberikan energy boost dan pembakar semangat semasa dalam perjalanan menuju ke destinasi. Ataupun semasa kusut dengan masalah, wangian pasti dapat bertindak sebagai terapi minda. productnation
Perasan tak ramai yang meletakkan pewangi kereta di atas dashboard kereta. Sebenarnya ada tempat yang betul dan strategik bagi meletakkan pewangi kereta.
ARTIKEL MENARIK:Tip Bersihkan Karpet Guna Garam, Hasilnya Macam Karpet Baru! Bau Pun Segar
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok oleh @stdetailingjb, mereka berkongsi tip mengenai tempat yang sepatutnya pewangi kereta ini diletakkan.
Tempat sebenar bagi meletakkan pewangi kereta ialah di tenpat bawah kaki bahagian penumpang hadapan yang berdekatan dengan aircond kereta.Hal ini telah dibuktikan oleh @stdetailingjb bahawa sebenarnya udara diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.
Hal ini telah dibuktikan oleh @stdetailingjb bahawa sebenarnya udara diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.
Untuk membuktikannya, anda boleh melihat video di bawah yang mana udara disedut pada bahagian berkenaan dan dikeluarkan menerusi ruang ‘aircond’ kereta. Dah boleh ubah kedudukan pewangi kereta tu ya!
Adakah pewangi kereta bahaya untuk kesihatan?
Ada pewangi kereta yang selamat dan ada juga yang membahayakan kesihatan. Kalau ada kandungan bahan kimia, wangian tersebut bukan sahaja membahayakan anda malah anak kecil.
Jangan lupa untuk periksa bahan kandungannya terlebih dahulu. Ingin tahu pewangi kereta yang sesuai untuk anda? Jom ikuti list berikut:
1. CARALL Regalia Enrich 1386 Velvet Musk Car Air Freshener (65ml)
Made in Japan. Jika anda jenis yang suka kereta anda berbau wangi 24 jam dan tahan lama, pewangi ini jawapan terbaik kerana teksturnya berbentuk gel dan bukan cecair.
Baunya yang sangat lembut dan mendamaikan dapat membuatkan anda terasa tenang semasa dalam perjalanan untuk ke tempat kerja atau melakukan aktiviti harian. Harga dan kualiti yang sangat berbaloi. Tidak rugi untuk mencubanya!
2. VANZO Car Perfume Air Freshener (Platinum Mask)
Pewangi kereta selamat untuk kesihatan bayi dan anda
Updated on 12th August 2020
Diimport 100% dari Jepun, wangian ini antara Top 5 Perfume yang menjadi pilihan pengguna Jepun. Syarikat pengeluar wangian kereta ini di Malaysia adalah satu-satunya yang menerima produk pengiktirafan dan kelulusan MSDS.
Produk berbentuk gel ini tidak akan cair jika anda meletakkan kereta di tengah panas dan bertindak sebagai agen penghapus segala bauan. Bahan yang digunakan adalah semulajadi, bebas paraben dan alkohol, dijamin tidak akan membahayakan kesihatan.
3. DEXANDRA Air Freshener
Teksturnya yang berbentuk cecair didatangkan dalam pelbagai jenis bauan dari ekstrak bunga, buah-buahan dan kopi. Baunya dapat meningkat dan merangsang sistem otak untuk berfungsi dengan lancar. Harganya juga termurah di pasaran berbanding jenama lain.
4. FLEUR Car Freshener
Produk keluaran anak tempatan yang menjadi pilihan pengguna kerana bebas methanol. 100% ekstrak intipati nya pula diimport khas dari Perancis dan tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.
Pewangi kereta ini mampu bertahan sehingga 45 hari dan bukan hanya untuk kereta malah untuk ruangan peribadi yang lain seperti bilik tidur.
5. GLADE Sensation Car Air Freshener – Morning Freshness
Diekstrak dari bunga lily, mawar dan jasmine, produk ini sesuai untuk anda yang gemarkan bau dari bunga mekar.
Pewangi ini mampu bertahan sehingga 30 hari jika anda menutup klipnya semasa tidak menggunakan kereta. Ianya juga boleh menghilangkan bau masam dan lembap serta mengembalikan kesegaran ruang kereta anda. Mulakan pagi anda dengan ceria. productnation
Sumber: stdetailingjb via Trending Sangat
Post a Comment