Bekas perdana menteri, Najib Razak mempertahankan dana yang disalurkan kepada Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi, dan bukannya dana haram.
Najib berkata pembebasan Ahmad daripada pertuduhan dihadapinya itu membuktikan pihak pendakwaan yakin akan tewas jika kes berkenaan diteruskan.
ARTIKEL MENARIK:[Video]Kakl Ustaz Kazim Elias Membngkak Slepas Jumpa K0tak Berisi A.bu Dan Gambar Dib4kar.
“Ahmad telah dilepaskan dan dibebaskan di mahkamah hari ini berhubung dana yang diterimanya dari saya sebelum PRU14.
“Pendakwaan tidak mahu teruskan kes terhadap Ahmad setelah kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes dengan bayaran kompaun RM1.1 juta.
“Wang yang saya bayar kepada Ahmad dan kesemua pihak di atas (senarai yang dikemukakan Najib) untuk kerja CSR itu berasal dari dana sekurang-kurangnya RM642 juta yang saya terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan ini telah dibuktikan banyak kali dalam perbicaraan mahkamah,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, pagi ini.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ahmad atas dua pertuduhan tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bernama melaporkan Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadap Ahmad Maslan.
Ini selepas ahli parlimen Pontian bersetuju membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta, semalam.
Dalam pada itu Najib berkata Ahmad mengaku salah dalam kes ini tetapi memilih untuk membayar kompaun bagi menjimatkan masa, mengelak masalah berterusan berhubung imej beliau dan jimat kos guaman.
“Jika diteruskan kes ini juga, saya percaya kerajaan juga akan kalah kes ini seperti kes-kes sebelum ini,” kata Najib lagi.
Jelas Najib lagi, meskipun kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mengetahui dana berkenaan datangnya dari kerajaan Arab Saudi, namun mereka mengaitkannya dengan 1MDB.
“Kenapa pula kerajaan PH dulu kata wang itu adalah wang haram berasal dari 1MDB dan seterusnya mengenakan tindakan mahkamah AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram) ke atas berpuluh-puluh entiti termasuk Umno dan BN sehingga kita dihina, disusahkan dan perlu menanggung kos peguam berjuta-juta ringgit?
“Sehingga hari ini, tiada seorang pun dari PH berani menafikan atau mengaku perkara ini walaupun berkali-kali telah dibuktikan dalam perbicaraan mahkamah oleh pihak SPRM dan pihak bank,” katanya.
Sementara itu dalam satu lagi hantaran berasingan di Facebook, Najib juga mempertahankan kompaun RM1.1 juta yang dibayar Ahmad untuk menyelesaikan kes tersebut.
“(Ini) mungkin dianggap berbaloi oleh dia sebab mampu mengelakkan kos guaman, kos masa mahkamah serta pencalaran imej bertahun-tahun lamanya untuk dilabel tuduhan kluster mahkamah.
Katanya, mereka yang tidak pernah didakwa atau melawan kes mahkamah sudah tentu tidak akan faham kos guaman, dan betapa banyak masa yang perlu untuk bermesyuarat dengan peguam serta menghadiri perbicaraan di mahkamah.
Najib memberi contoh kes Anwar Ibrahim melawan Khairy Jamaluddin dan juga kes liwat II ketua pembangkang itu serta kes banglo Lim Guan Eng.
“Itupun diperingkat mahkamah tinggi. Belum masuk mahkamah rayuan dan perseketuan. Tanyalah sendiri.
“Adakah kamu ingin berdepan dengan masa yang dibazir, kos guaman dan kerisauan selama 7 hingga 13 tahun?” soalnya.
Kredit - Trending Sangat
Post a Comment