Tndakan pelakon Namron memuat naik foto tidak berbaju di laman Instagarm miliknya baru-baru ini hanyalah respons terhadap kenyataan berhubung syarat stesen TV.
Tak setuju stesen TV hanya ambil pelakon mempunyai jumlah pengikut tinggi di Instagram, Namron atau Shahili Abdan, 52, berkata syarat itu akan mendatangkan keburvkan kepada industri seni.
ARTIKEL MENARIK:“‘Saya Terpaksa Makan Daging Kuda’ ” Ringgo Fotograf B0ngkar Kron0Iogi Sebenar Kenapa Dia Dipnjara Venezuela
” Posting saya itu sebagai respons terhadap kenyataan mengenai stesen TV meletakkan syarat pengambilan pelakon yang memiliki pengikut sejuta di IG.
” Saya memang tak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kalau bukan bakat yang dipilih tapi pengikut, memang lebih banyak keburvkan daripada kebaikan.
” Syarat itu akan membuatkan semua orang cetuskan kntroversi dengan melakukan perkara mengarut untuk mendapatkan pengikut.
” Ia akan memberi kesan yang burvk kepada industri kita. Sebab itu saya memang tak setuju dengan syarat tersebut,” katanya kepada mStar.
Sebelum ini, pemilik Zeel Productions iaitu Haji Zeel mendedahkan terdapat stesen TV meletakkan syarat pengambilan pelakon yang memiliki sejuta pengikut di Instagram sebagai watak utama.
Ekoran itu, Namron tampil dengan cara sarkastiknya menyahut cabaran sebuah stesen televisyen dan segelintir penerbit berkongsi foto tanpa baju di media sosial Instagram.
Namron secara sin1s memberitahu dirinya memerlukan sekurang-kurangnya sejuta pengikut di platform berkenaan bagi melayakkan dirinya menerima tawaran berlakon.
Dalam pada itu, Namron menjelaskan perkongsian itu bukan bermaksud dia tidak mempunyai sebarang tawaran sebaliknya hanya menyuarakan bagi pihak pelakon baharu yang berbakat besar.
” Jangan salah faham, saya muat naik posting itu bukan bermaksud saya tiada ‘job’. Alhamdulillah, job saya berterusan sehingga tahun hadapan.
” Saya cakap lebih kepada pelakon-pelakon baharu nak menapak dalam industri dan yang berbakat tapi tak diberi peluang sebab pengikut di laman sosial tak ramai.
” Sudah tentu, saya sebagai pengarah, nak bekerja dengan pelakon berbakat bukan hanya sekadar popular. Karya yang bagus dengan pelakon berbakat itu yang penting.
” Sebagai contoh saya sendiri, walaupun pengikut saya tak ramai, tapi ke mana-mana saya pergi tetap orang kenal juga,” ujarnya.
Terdahulu, penerbit Fadzil Teh mempertahankan keputusan stesen TV berasaskan penstriman yang menetapkan syarat pelakon yang ingin muncul dalam saluran itu perlulah mempunyai jumlah pengikut atau ‘followers’ lebih sejuta di Instagram.
Fadzil berkata, syarikat penerbitannya menyambut baik perkara itu sekali gus menggalakkan peminat artis berkenaan memuat turun dan menonton kandungan disediakan dalam saluran itu.
” Sebagai penerbit, kewujudan saluran TV berasaskan penstriman ini sedikit sebanyak memberi peluang penggiat industri kita untuk mengembangkan karya tempatan ke luar negara. Apatah lagi, saluran ini memang dari luar negara.
” Cuma, apabila mereka mula membuka ruang kepada pengkarya tempatan bagi menerbitkan kandungan berbentuk drama dalam saluran mereka, saya kira ia sesuatu yang perlu disambut baik.
” Biarpun syarat ditetapkan agak ketat dari segi skrip dan jumlah ‘followers’ artis, bagi saya ia bukan masalah utama.
” Sebaliknya ia adalah cabaran untuk setiap syarikat produksi dalam menghasilkan karya yang lebih berkualiti.
” Dalam masa sama, drama yang dihasilkan itu juga menampilkan pelakon yang popular,” katanya kepada HarianMetro.
Bagaimanapun, perkongsian Fadzil mengenai perkara itu dalam hantaran di Facebook mendapat pelbagai maklum balas termasuk beberapa penggiat seni.
Ada beranggapan tndakan saluran TV itu tidak wajar selain menyifatkan ramai pelakon yang mempunyai jumlah ‘followers’ lebih sejuta tidak berbakat, ‘kayu’ dan sekadar menjual populariti.
” Bagi saya tidak perlu timbulkan isu populariti dan bakat. Sebenarnya, ramai juga dalam kalangan pelakon yang berjuta ‘followers’ ini berbakat.
” Popular dan ramai pengikut itu adalah bonus buat mereka sehingga memberi kelebihan dari segi tawaran kerja.
” Jadi, bagi artis yang dikatakan berbakat dan kurang ‘followers’ itu sepatutnya mereka perlu tingkatkan inisiatif dengan aktif di media sosial.
” Sebab ‘trend’ hari ini pun berbeza. Mahu atau tidak mereka perlu akur dengan permintaan sebegitu. Tidak wajar jika mahu menyalahkan satu pihak saja,” katanya.
Dalam update terkini, Nam Ron memuat naik lagi satu gambar berbaju penuh berserta tanjak untuk membandingkan jumlah like yang di perolehi berbanding dengan gambar tak berbaju sebelum ini
“Anda suka gaya ini?
“Gambar separuh bugil saya mendapat 6797 likes di IG.
“Apakah dengan gambar ini akan mendapat lebih banyak like dari itu?!
“Anda tentukan!
“Eksperimen ini akan membuktikan banyak perkara.
Sumber:mstar via Trending Sangat
Post a Comment