“Selidik & Cek Mukamu Di Cermin” – PU Syed Hanya Tegur Selebriti, Nafi Tumpang Populariti

“Selidik & Cek Mukamu Di Cermin” – PU Syed Hanya Tegur Selebriti, Nafi Tumpang Populariti

Pendakwah terkenal, PU Syed menerusi sebuah hantaran di laman Instagram nya menafikan bahawa dia ingin menumpang populariti sesetengah selebriti selepas bertindak menegur mereka secara terbuka di media sosial.

“Selidik & Cek Mukamu Di Cermin” – PU Syed Hanya Tegur Selebriti, Nafi Tumpang Populariti



Tanggungjawab Sebagai Umat Islam 


ARTIKEL MENARIK:“Semoga Mereput Dalam Neraka”-Caprice Mahu PDRM Kenakan Tindakan Tegas Terhadap Pelaku Seksual


Selain menumpang populariti, PU Syed atau nama sebenarya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak turut dikatakan ‘mengambil kerja Tuhan’ dan mengaibkan mereka. Menurut pendakwah ini, ia adalah tanggungjawabnya  sebagai umat Islam untuk mengajak orang ramai melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Malah tegas PU Syed, apa yang dilakukan oleh sesentengah selebriti secara terbuka itu ternyata adalah dosa.

“Jawapan balas ambe(saya)..

” 1. ambe(saya) tak hadap @ jellar populariti dari jalan biadab pada agama dan bangsa!

“2. Itu tugas semua umat islam untuk ajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ambe(saya) bukan tukang kira dosa pahalamu, tapi benda dosa yang mu(kamu) iklankan secara percuma itu, adalah dosa yang budak sekolah PASTI pun tahu!” tegur PU Syed

Selar Kenyataan Usahawan Selebriti 

Dalam pada itu, PU Syed turut menyelar kenyataan seorang usahawan selebriti sebelum ini yang menuduh telah mengaibkankan dirinya secara terbuka.

“3. Selidik dan cek mukamu di cermin..dan bertanyalah..dalam keadaan sedar tanpa khayalan! Adakah ambe (saya) yang mengaibkanmu atau mu(kamu) yang mengaibkan dirimu sendiri!?” tegasnya



Loading...


Terdahulu,  melaporkan PU Syed menegur secara terbuka usahawan selebriti yang juga anak kepada pelakon veteran. Jelasnya, dia berbuat demikian kerana wanita tersebut jelas membuat dosa.

Kak KM sentap kena tazkirah, PU Syed bagitahu kenapa buat teguran secara terbuka

Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post