Sejurus selepas menamatkan lariannya, Ridzuan Puzi dapat dilihat terduduk. Mungkin kecewa kerana tidak dapat memenangi pingat untuk rakyat Malaysia atau mungkin juga hanya kepenatan.
Manakan tidak, selepas bertahun-tahun berusaha berlatih bersungguh-sungguh dan berkorban masa serta tenaga, pingat emas yang dipertahankannya itu menjadi milik atlet lain.
ARTIKEL MENARIK:(Video) Ini Dua Punca Kenapa Ziyad Terlewat Tiba Di “Call Room”
Sungguhpun begitu, warganet yang melihat reaksinya selepas acara itu berakhir tersentuh, namun tetap berbangga kerana beliau telah berjaya memberikan impak yang sangat besar untuk negara.
Sementara itu Trademark senyuman pelari pecut paralimpik negara, Ridzuan Puzi berjaya pikat hati warganet.
Senyuman tersebut dilakukannya semasa sesi pengenalan pelari, sebelum acara akhir 100 meter T36 di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dimulakan.
Walaupun tidak berjaya mengakhiri saingan dengan membawa pulang sebarang pingat, warganet tetap berbangga terhadap kecekalan dan semangat yang ditonjolkannya di temasya tersebut.
This is all what we need, your smile never fails to make us smile. You did well Ridzuan Puzi pic.twitter.com/rM1XAsp2nW
— Hazwani Syahirah (@HazwaniSyahirah) September 4, 2021
The smile that we need from Ridzuan Puzi, congrats Malaysia still proud of you #GanbatteMalaysia #Paralympics pic.twitter.com/WULqEmZlM8
— ارياف (@aryyaff) September 4, 2021
ridzuan puzi won for the best entrance pic.twitter.com/1qvfTcV8YC
— loa (@trimiese) September 4, 2021
Pelari pecut paralimpik negaraitu mengakhiri saingan final 100 meter T36 di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di kedudukan ke-4.
Ridzuan Puzi berjaya menyudahkan larian bertenaganya itu dengan catatan masa 12.15 saat.
Sedikit sayang buat nasib pelari pecut tersebut selepas pelari dari China memecut laju ke hadapan walaupun pada 50 meter awal dia dilihat mendahului perlumbaan tersebut.
Acara tersebut berakhir dengan pingat emas yang disandangnya pada edisi tahun lalu dirampas oleh atlet dari China.
Walau apa pun, syabas buat Ridzuan Puzi kerana telah menampilkan persembahan yang terbaik serta telah mengharumkan nama negara di mata dunia.
Ridzuan Puzi mengakhiri saingan final 100m T36 di kedudukan ke-4 dgn catatan masa 12.15s.
Sedikit sayang tapi takpe Dekwan, anda telah membawa impak yg besar utk negara. Cukup membanggakan! #luarbiasa #sokongmalaysia #ganbattemalaysia #paralympics pic.twitter.com/t6Q6Wj5nm3
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 4, 2021
Sumber: @ASTROARENA via Siakap Keli
Post a Comment