Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Nak Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak & Tamat Tempoh Secara “Online”

Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Nak Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak & Tamat Tempoh Secara “Online”

Seperti yang diketahui, kad bank perlulah ditukar mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh bank masing-masing.

Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Nak Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak & Tamat Tempoh Secara “Online”



Kebiasaannya, pihak bank akan beberapa kali memberi notis peringatan kepada pengguna mengenai tempoh luput kad tersebut.

ARTIKEL MENARIK:TERKINI: Bantuan Khas COVID-19 Akan Disalurkan Bermula 6 September-PM


Justeru, pengguna perlu menukarnya kerana ia mungkin tidak dapat digunakan lagi selepas tempoh tersebut. Tidak cuma itu, kad yang rosak juga perlulah ditukar dengan segera agar boleh melakukan transaksi seperti biasa.

Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui dalam talian kecuali jika kad berkenaan hilang/dicuri atau terlupa nombor PIN.

Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, anda boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi dalam talian dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.

Khusus untuk pengguna Maybank, SK kali ini akan berkongsikan cara menukarkan kad ATM/debit Maybank anda secara online.

Tak usah tunggu lagi, jom tengok caranya di bawah ini:

1. Log masuk Maybank2U




Loading...


2. Pergi ke Settings

3. Pergi ke Cards

4. Pilih Debit Cards dan pergi kepada Replace, Activate & Block


5. Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar


6. Pilih Replace Card


7. Isi alamat anda untuk penghantaran Card, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.


8. Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.

9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM

Kad baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Sama seperti di cawangan bank, pertukaran kad baharu ini akan dicaj sebanyak RM12.00 dan ia akan ditolak dari baki akaun Semasa atau Simpanan anda.

Bila kad baharu sudah sampai, anda perlu mengaktifkan sendiri kad tersebut melalui dua saluran iaitu sama ada di ATM Maybank  atau secara dalam talian.

Bagi anda yang ingin mengaktifkannya di mesin ATM, ikuti langkah di bawah ini.

  1. Masukkan kad
  2. Pilih bahasa
  3. Masukkan nombor PIN
  4. Pilih Transaksi lain
  5. Pilih Perkhidmatan lain
  6. Tekan skrin berikutnya
  7. Tekan pada Pengaktifan Kad

Manakala, bagi yang ingin mengaktifkan secara dalam talian, ikuti langkah di bawah ini.

  1. Log masuk laman web Maybank2U
  2. Klik Settings
  3. Klik Cards
  4. Klik Manage Debit Cards
  5. Klik Activate

Kad debit baharu ini perlu diaktifkan dalam tempoh 90 hari selepas diterima. Jika gagal, anda perlu membuat permohonan kad baharu semula dan caj pertukaran RM 12 akan dikenakan.

Berkenaan dengan PIN pula,  anda masih lagi boleh menggunakan PIN yang sedia ada dan tidak perlu tetapkan yang baharu. Bagaimanapun, jika ingin mengubah PIN, anda boleh melakukannya di ATM Maybank.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda.

Sumber: Maybankmermyman  via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post