Pokok kucai merupakan antara tanaman herba yang boleh cuba untuk ditanam bagi ‘beginner’ yang baru hendak berjinak-jinak dalam hobi bercucuk tanam.
Tumbuhan ini dikatakan mudah untuk ditanam sama ada di tanah, polybag mahupun di dalam pasu. Namun begitu, terdapat cara penanaman yang betul sekiranya anda ingin mendapatkan daun kucai yang hidup subur dan merimbun.
ARTIKEL MENARIK:Atasi Masalah Nafas Berbau Dengan 6 Tips Mudah Ini, Hanya Guna Bahan Di Rumah Sahaja
Ikuti tips yang dikongsikan oleh saudara Mohd Amri menerusi Group Facebook Berkebun Untuk Beginner seperti di bawah. Menariknya, pokok kucai yang ditanam olehnya turut mengeluarkan bunga yang cantik bersama-sama benih.
Suka saya berkongsi hasil tanaman kucai. Saya maklum, tanaman kucai dari ahli di dalam group ini lebih menarik. Sekadar berkongsi ya.
Gambar: Facebook Mohd Amri
Kat rumah ni hanya ada tiga pasu kucai sahaja. Saya semai dari benih. Cuma untuk makluman tuan dan puan, kucai ini memang mengambil masa untuk bertunas. Lebih kurang tiga minggu juga, barulah saya pindahkan ke dalam pasu besar.
Yang menariknya, kali ini tanaman kucai saya mengeluarkan bunga yang sangat cantik bersama-sama dengan benih-benihnya. So, dapatlah saya gunakan untuk semai kucai baru nanti.
Gambar: Facebook Mohd Amri
Tips menanam kucai ini saya sekadar berkongsi.
1. Peringkat semaian, saya prefer untuk menggunakan peatmoss kerana medium ini sangat membantu untuk proses semaian berlaku dengan lebih baik dan stabil. Setiap lubang semaian saya akan tabur 6-8 biji benih kucai.
Proses semaian kebiasaannya saya akan ambil selama tiga minggu. Barulah dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.
2. Jangan siram direct ke daun, tetapi saya siram secara mengelilingi pasu, iaitu terus kepada medium tanah atau apa apa medium yang dipakai.
3. Pembajaan, untuk pengguna baja organik, jangan terlalu kerap memberi baja atau terlalu banyak kuantiti yang diberi. Saya hanya guna 1 sudu setengah baja organik dua minggu sekali.
Bagi yang menggunakan baja AB, pastikan bacaan ec meter tidak melebihi 1.5 ec. Tapi saya sarankan tuan puan menggunakan baja organik.
Jika pembajaan yang diberi terlalu kerap atau terlalu tinggi dosnya, daun kucai mudah rosak dan boleh mati.
4. Dari segi penjagaan, pokok kucai tidak atau jarang terkena serangan perosak. Hanya sekali sekala saya semburkan dengan cuka kayu.
Di samping itu, penggunaan plant booster atau kita panggil sebagai vitamin pokok saya berikan seminggu sekali untuk memastikan daunnya lebat.
Gambar: Facebook Mohd Amri
5. Untuk harvest, teknik yang selalu saya gunakan ialah dengan memotong 2 hingga 3 inci dari perdu. Selepas itu, pokok kucai akan tumbuh semula.
Jadi, tanamlah kucai tuan/puan di halaman rumah masing-masing. Banyak kegunaan dan khasiat kucai yang akan kita perolehi.
Bunga yang tumbuh daripada pokok kucai ini boleh dijadikan benih untuk proses semaian selanjutnya. Jadi, tidak perlu lagi beli biji benih di kedai untuk penanaman pokok kucai yang baharu.
Selain itu, Mohd Amri juga menjelaskan tiga kesilapan pada penanaman kucai jika ia masih tidak mengeluarkan tunas.
Tapi kalau dah lebih 2 minggu tak nampak apa2, mungkin ada kesilapan
1. Tanam terlalu dalam.
2. Benih kurang berkualiti
3. Medium semaian terlalu basah, sepatutnya lembab sahaja.
Di ruangan komen, rupanya ramai juga warganet tidak pernah melihat pokok kucai menghasilkan bunga yang cantik. Mereka turut berterima kasih atas tips yang diberikan ini.
“Baru sekali saya tengok bunga kucai…”
“Saya punya pun berbunga juga. First time tengok bunga kucai…”
“Tips yang berguna…”
“Terbaik…”
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Mohd Amri via Berkebun Untuk Beginner via Siakap Keli
Post a Comment