[VIDEO] Lain Betul! Wajah Terkini Pelakon Cilik Dalam ‘Train To Busan’ Curi Perhatian Ramai

[VIDEO] Lain Betul! Wajah Terkini Pelakon Cilik Dalam ‘Train To Busan’ Curi Perhatian Ramai

Begitu cepat masa berlalu sejak 5 tahun tayangan perdana filem Train To Busan ditayangkan di seluruh dunia.

[VIDEO] Lain Betul! Wajah Terkini Pelakon Cilik Dalam ‘Train To Busan’ Curi Perhatian Ramai



Dan apa yang menjadi perhatian adalah seorang pelakon cilik, Kim Su An yang sebelum ini memegang watak sebagai anak perempuan kepada Lee Gong Yoo dalam filem tersebut.

ARTIKEL MENARIK:“Cakap Sistur Tengah Shooting, Sistur Takde Vaksin” – Rita Rudaini Dakwa Difitnah Rakan Industri


Walaupun berusia 10 tahun ketika itu, ramai yang memuji lakonannya sehingga filem Train To Busan menjadi salah satu filem yang paling banyak dibincangkan di Korea Selatan.


Pelakon itu  telah menyertai pelbagai produksi disebabkan lakonannya yang mantap seperti The Battleship Island, Along With The Gods: The Two Worlds, Mom, dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, wataknya dalam filem thriller zombie itu benar-benar telah melonjakkan namanya sebagai seorang superstar.

Semakin Cantik


Terbaharu, agensi kepada Su An, Blossom Entertainment telah berkongsi gambar profilnya yang terkini. Transformasinya sangat mengejutkan ramai  kerana usia Su An yang kini berusia 15 tahun telah berubah sepenuhnya dari seorang gadis kecil menjadi seorang remaja yang kelihatan sangat matang.



Loading...




Penampilan terkini Su An telah mengubah imej kanak-kanaknya dan telah menunjukkan daya tarikannya yang kemas dan menyerlah sekaligus membuatkan ramai yang mahu melihat masa depannya disifatkan sebagai sesuatu yang cerah.




Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post