“Cakap Sistur Tengah Shooting, Sistur Takde Vaksin” – Rita Rudaini Dakwa Difitnah Rakan Industri

“Cakap Sistur Tengah Shooting, Sistur Takde Vaksin” – Rita Rudaini Dakwa Difitnah Rakan Industri

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa apabila terdapat rakan industri yang cuba memfitnahnya dengan mendakwanya sedang menjalani penggambaran waima belum mengambil vaksin COVID-19.

“Cakap Sistur Tengah Shooting, Sistur Takde Vaksin” – Rita Rudaini Dakwa Difitnah Rakan Industri



Hanya Duduk Di Rumah 


ARTIKEL MENARIK:“Tolong Tangkap Production Tak Ikut SOP”-Jinggo Berang Artis Tidak Divaksin Teruskan ‘Shooting’


Pendedahan itu dibuat Rita menerusi beberapa hantaran di laman Instastory nya pada Rabu. Jelas Rita, ketika ini dia hanya duduk di rumah dan menjalani rutin harian seperti biasa sekaligus menafikan dakwaan tersebut. Sebelum itu, Rita menyelar tindakan mereka yang mencadangkan idea untuk melarang golongan antivaksin membeli beras untuk kelangsungan hidup.



Loading...


“Ada rakan industri fitnah sistur cakap sistur tengah shooting. Sistur tak ada vaksin. Kecoh ini dok menjaja…alahai sabar la wahai teman. Jangan takut dengan rezeki awak.

“Rezeki awak dan rezeki sistur tak sama. Tuhan dah asingkan dah. Tak yah nak berebut wahai teman. Sistur ini dekat rumah je. Tak pergi mana pun. Duduk main tanah, masak, kemas rumah” tulis Rita

Terima Sekiranya Nama Digugurkan 

Dalam pada itu, Rita juga menerima dengan hati yang terbuka sekiranya namanya digugurkan dalam mana-mana penggambaran dan menganggap segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT.

“Sistur percaya dengan rezeki yang Tuhan dah tetapkan. 100 episod nama sistur digugurkan pun sistur okay sebab bagi sistur Allah dah tulis macam itu. Sistur sentiasa bersangka baik dengan Dia. Sebab apa yang dia tak bagi itu ada sebabnya dan Dia tak pernah hampakan hamba-hamba Dia. So percayalah apa yang dengki sangat dengan sistur? Tak relax ke?” katanya lagi


Pada Rabu, Murai.my melaporkan seniwati Fauziah Nawi kecewa dengan tindakan seorang penerbit mengambil pelakon yang belum lengkap vaksinasi untuk memulakan penggambaran. Bagaimanapun, pelakon itu tidak menyatakan siapakah individu yang dimaksudkannya.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post