Genap Sebulan Siti Sarah Meninggal Dunia, Rakan Selebriti Luah Rasa Rindu

Genap Sebulan Siti Sarah Meninggal Dunia, Rakan Selebriti Luah Rasa Rindu

Semalam (9 September 2021) genap sebulan penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat jangkitan COVID-19.

Genap Sebulan Siti Sarah Meninggal Dunia, Rakan Selebriti Luah Rasa Rindu



Kenangan Arwah Terus Dikongsi 


ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Lain Betul! Wajah Terkini Pelakon Cilik Dalam ‘Train To Busan’ Curi Perhatian Ramai


Menerusi Instagram milik Arwah Sarah yang masih aktif dipercayai dikendalikan oleh keluarga dan pihak pengurusannya, Indigital Music pelbagai kenangan terus dikongsi. Ini termasuklah video masakan Arwah yang mencuit hati ramai sebelum ini dimuatnaik untuk kenangan peminat dan rakan-rakan selebriti.

Menjengah ke hantaran yang dibuat oleh suami Arwah Sarah yang juga pelakon dan usahawan, Shuib turut berkongsi perkembangan terkini dirinya dan anak-anak. Dalam hantaran terkini, kelihatan foto mereka sekeluarga sedang mengaji selain Shuib turut menulis kapysen mengenai pemergian isterinya yang tercinta.

“Genap sebulan, 9 Sept 2021.Al Fatihah” tulis Shuib



Loading...


Peminat Dan Rakan Selebriti Luah Rasa Rindu

Di ruangan komen, peminat dan rakan-rakan selebriti seperti Ashira Aziz, Sharif Zero, Datin Emylia Rosnaida, Anuar Zain serta ramai lagi mengambil kesempatan itu untuk menitipkan doa buat Allahyarhamah.


Malah buat Catriona Ross dan Zarul Husin, mereka menyifatkan seolah-olah Arwah masih ada selain meluahkan rasa rindu buat pelantun Manis itu.


Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini selepas dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil pada 5 Ogos 2021. Sarah meninggalkan Shuib bersama empat cahaya mata Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 dan bayi lelaki Ayash Affan yang dilahirkannya pada 6 Ogos 2021. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post