“Tolong Tangkap Production Tak Ikut SOP”-Jinggo Berang Artis Tidak Divaksin Teruskan ‘Shooting’

“Tolong Tangkap Production Tak Ikut SOP”-Jinggo Berang Artis Tidak Divaksin Teruskan ‘Shooting’

Pengarah terkenal, Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo meluahkan rasa berang terhadap artis yang tidak mahu mengambil vaksin tetapi masih boleh meneruskan penggambaran bersama produksi.

“Tolong Tangkap Production Tak Ikut SOP”-Jinggo Berang Artis Tidak Divaksin Teruskan ‘Shooting’



Mahu FINAS Tangkap Produksi Yang Tak Patuh SOP


ARTIKEL MENARIK:“Pura-Pura Terkejut & Tak Tahu” – Cik B Komen Isu Tidak Tahu Mengenai Pernikahan DSV & Iqbal




via @sheilarusli_jspictures

Melalui posting di Instagram, pengarah ini memohon FINAS untuk menangkap produksi yang tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.



Loading...


“Jangan pasei korang, kita orang lak tak boleh shooting!! FINAS tolong tangkap PRODUCTION yang tak ikut SOP.

Sebelum kemudahan industri kita ditarik balik, boleh korang nganjing yek, tak yah amek vaksin pon ada jer production panggil. Kalau lepas takpa, kalau tak lepas, bukan korang jer sangkut..kita orang pun sangkak, JS Pictures dah nak shooting tau tak!!!” luah Jinggo

Lesen Produksi Akan Digantung Kerana Benarkan Individu Tiada Vaksin Jalani Penggambaran

Jinggo menambah, bahawa produksi tersebut akan digantung lesen selama setahun atas isu yang tular yang mendakwa sebuah produksi menjalankan penggambaran walaupun ada diantaranya tidak divaksin.

“Dengo citer, PRODUCTION tu akan digantung lesennya setahun..Kalau le setahun, lebih pun boleh..So PRODUCTION tu dah boleh start reka cerita macam mana nak menjawab dengan @finasmalaysia nanti..”-tambah Jinggo

Sebelum ini, pelakon veteran terkenal, Fauziah Nawi tampil memberi pesanan terhadap sikap angkuh penggiat industri kreatif yang dipercayai tidak mahu menerima vaksin dan mendedahkan secara terbuka masih boleh jalani penggambaran.

Bermula hari ini, Perdana Menteri telah memberikan kenyataan bahawa penggiat industri kreatif yang sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai hari ini (9 September 2021).


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post