Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) yang juga pelakon dan penyanyi, Cik B mengulas mengenai laporan sebuah portal berita mengenai kononnya dia tidak mengetahui akan perancangannya ibunya bakal mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Iqbal Zulkefli yang merupakan bekas pembantu peribadi (PA) DSV.
Cik B Pura-Pura Terkejut
ARTIKEL MENARIK:“Kalau Ibu Ada..Mesti Ibu Buatkan.”Sebulan Pemergi4n Ibu,Uwais Sudah Pandai Berdikari
Menerusi laman Twitter nya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen,16 membalas ringkas serta berseloroh mengenai perkongsian seorang netizen berkaitan tajuk laporan tersebut.
“*pura pura terkejut dan tak tahu*” ciap Cik B ringkas
Bakal Adakan ‘Wedding Of The Year’
Dalam laporan KOSMO, DSV akui belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal tersebut dengan anak-anak, terutamanya Cik B.
“Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).
“Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya sendiri. Cik B perlu masa untuk menghadapi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu dirinya,” katanya kepada portal berita itu
Dalam perkembangan berkaitan, DSV serius untuk berkahwin dengan Iqbal biarpun berjarak usia sebanyak 22 tahun. Malah, DSV yang turut mempunyai beberapa buah single mengimpikan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran yang disifatkannya sebagai ‘wedding of the year’ dan dijadualkan pada Disember kelak sekiranya dibenarkan berbuat demikian.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment