Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri.
Perkara itu telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan media sebentar tadi.
ARTIKEL MENARIK:Bila Mak Ayah Meninggal Serentak, Fahami Pembahagian Harta Pusaka, Jagalah Kebajikan Anak Kecil
Menurutnya, keputusan pelantikan telah dibuat oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu.
Pelantikan tersebut juga telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tambahnya lagi, pelantikan Muhyiddin adalah berdasarkan keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan bekas Perdana Menteri itu.
“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan itu.
Kenyataan media itu telah dikongsikan oleh Bernama TV menerusi Twitter.
Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri – KSN@MuhyiddinYassin @zukiAli_ pic.twitter.com/2gM6rHT0Y9
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 4, 2021
Bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali pic.twitter.com/cU08ixN7Yd
— BERNAMA TV (@BernamaTV) September 4, 2021
Sumber: Bernama TV via Siakap Keli
Post a Comment