“Saya ‘break down’. Setiap Masa’- Anak Allahyarhamah Azean Irdawaty Mengaku Pernah Kemurungan

“Saya ‘break down’. Setiap Masa’- Anak Allahyarhamah Azean Irdawaty Mengaku Pernah Kemurungan

Tular di media sosial bila mana anak kepada pelakon veteran Allahyarhamah Azean Irdawaty, di lihat menitiskan air mata dalam video yang dimuatnaik di Instagram semalam.

“Saya ‘break down’. Setiap Masa’- Anak Allahyarhamah Azean Irdawaty Mengaku Pernah Kemurungan



Air Mata Yang Mengalir Sembunyi Duka Lara Inessa


ARTIKEL MENARIK:Rita Rudaini Dakwa Rakan Industri Depan Manis, Belakang Pandang Jijik


Inessa Irdawaty atau lebih mesra dipanggil Ines ini, menunjukan raut wajah yang sebak dan sedih sehingga menitiskan air mata di dalam video yang dikongsikannya baru ini.

Adik kepada arwah Benjy ini meluahkan rasa hatinya dengan mengatakan, dirinya bukanlah wanita yang kuat seperti orang ramai sangkakan.

“Dua bulan semalam. ‘Bahagian yang paling sukar…. Adalah untuk buat ia kelihatan mudah’. Saya tak kuat. Saya tak pernah. Saya tak pernah mengakuinya. Sesiapa yang rapat dengan saya tahu saya menangis. Banyak kali.

Reaksi saya bila berlaku krisis adalah selalu yang pertama adalah panik, dan kemudian saya ‘break down’. Setiap masa.”


Foto – Instagram @inesukamakan

Ines meluahkan apabila dirinya kehilangan ibunya pada tujuh tahun lalu dan menerima ucapan orang ramai agar kuatkan diri, anak Allahyarhamah Azean Irdawaty ini mengatakan dirinya tidak kuat dan tidak tahu bagaimana untuk menjadi kuat.

Selain itu, Ines juga berkongsi perasaannya saat ditemubual The Vibes mengenai Allahyarham Benjy dan adakah dirinya mendapat ketenangan dalam mengharung cabaran yang dihadapinya.



Loading...


“Salah satu soalan adalah, “Bagaimana anda mencari ketenangan diri dalam cabaran yang anda lalui saban tahun ini?”

Tenang? Adakah saya tenang? Wallahu a’lam

Ketenangan? Sejujurnya, dari doa saya. Itu saja yang saya tahu lakukan. Saya rasa ianya secara tidak langsung memberi kepercayaan untuk mengharunginya”

Inessa Digelar Sebagai ‘Silent Hero’

Dalam banyak-banyak luahan hati yang dikongsikan Ines di Instagramnya, Ines juga berkongsi kisah salah seorang pengikut akaunnya yang mengatakan nasib yang menimpa Ines lebih kurang sama dengan nasib pengikut tersebut.

Mengenangkan nasib Ines yang kehilangan insan yang disayangi, pengikut tersebut menggelarnya sebagai ‘Silent Hero’ kerana memberi inspirasi kepada dirinya untuk teruskan kehidupan.

“Saya menerima beratus mesej, dan saya tidak dapat membuka setiap satu darinya lagi. Bukan dari saudara atau kawan saya, tetapi sesuatu yang buat saya membuka satu mesej istimewa tatkala saya melihatnya.

Dan apa yang dia katakan buat saya menangis. Dia memanggil saya ‘Silent Hero’ dia kerana membaca kisah saya beri inspirasi kepada dia untuk teruskan kehidupan ini. Dia melalui situasi yang sama seperti saya dan dia diambang putus asa untuk hidup.

‘Terima kasih kak kerana menjadi ‘silent hero’ saya…’


Foto – Instagram @inesukamakan

Menurut Ines dirinya banyak menerima mesej-mesej serupa, dan memohon maaf kerana tidak dapat membaca kesemuanya.

Ines juga mengatakan dirinya hilang kata kerana tidak menyangka kisah diri dapat memberi inspirasi kepada orang lain, dan mengatakan bahawa dirinya tidak sekuat mana seperti yang digambarkan orang ramai.

“Bila anda kata kisah saya beri inspirasi kepada anda, saya hilang kata. Bukan itu yang cuba saya lakukan. Saya rasa saya bersyukur tetapi juga merasa rendah diri. Saya tidaklah sekuat mana yang anda bayangkan.”

Hidup Perlu Diteruskan – Inessa

Dalam luahan yang dikongsikan Ines, sepanjang kehilangan ibu tercinta dirinya mengalami tekanan dan kemurungan. Namun hidup perlu diteruskan, meski dalam proses untuk menerima hakikat banyak air mata mengalir.


Foto – Instagram @inesukamakan

“Apabila mama meninggal dunia, saya mengambil masa satu setengah tahun untuk sembuh. Saya mengalami kemurungan dan bersyukur dapat tanganinya.

Apa yang menakjubkan adalah saya tak sedar saya mengalami kemurungan sehingga bertahun kemudian, saya menghadiri majlis kesedaran kesihatan mental dan saya sedar setiap simptom kemurungan yang dikatakan jurucakap kena dengan diri saya.

Saya mengalami kemurungan dan keluar darinya tanpa saya sedar! Saya hanya lakukan apa yang perlu saya lakukan. Setiap hari. Saya ada keluarga yang perlu di jaga.

Saya ada perniagaan yang perlu dijalankan. Saya ada banyak benda perlu dilakukan. Saya ada tanggungjawab. Saya ada orang yang bergantung pada saya. Ini adalah perkara yang perlu saya lakukan.

Hidup perlu diteruskan. Dan saya banyak menangis juga. Dalam proses tersebut, saya masih menangis. Banyak kali. Saya terimanya sebahagian dalam proses.”

Hidup perlu diteruskan meskipun diri kehilangan insan tersayang, semoga Ines terus kuat harungi kehidupan yang mendatang dengan tabah disamping keluarga.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post