Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pelakon Lana Nordin yang meluahkan rasa kecewa dan sedih, terhadap cemuhan, kejian serta khabar angin yang tidak benar tentang dirinya di Instagramnya.
Hentikan Diskriminasi & Hebah Khabar Angin Tidak Benar
ARTIKEL MENARIK:“Paksaan Apakah Ini?”- Rita Rudaini Kecewa Lesen Peniaga Enggan Divaksin Bakal Ditarik
Bagaimanapun, Lana yang kini telah selamat tiba di Amerika Syarikat bersama keluarga, mengucapkan rasa syukur kerana segala urusannya dipermudahkan Allah S.W.T.
“Alhamdulillah perjalanan aku sangat-sangat di permudahkan, tiada sebarang diskriminasi atau apa-apa masalah! Tiada sebarang ‘cable’, ni semua ‘cable’ ALLAH SWT dan bila ALLAH kata kun fa yakun, jadilah ia..” tulis Lana
Foto – Instagram @lananodinmckienzie
Dipetik dari Instagram Lana, pelakon jelita ini memuatnaik luahan hati mengenai kecaman dan khabar angin mengenai dirinya selama ini menjadi bualan hangat dikalangan orang ramai.
Lana menegur agar orang ramai berhenti mempertikai hal seseorang yang belum tentu tahu akan kesahihannya dan berhenti menyebarkan khabar angin yang tidak benar dan belajar hidup dengan virus.
“Jadi jangan nak sesuka hati nak jadi polis pencen ke, wartawan ke, atau doktor yang korang sekarang dok buat media sosial. Sedangkan korang tak tahu mana yang sahih dan mana yang ‘RUMORS!’ ‘STOP FEAR MONGERING’ dan hidup dengan virus!
Covid itu benar, ianya endemik bukan pandemik! ‘WAKE UP, LIVE YOUR LIFE TO FULLEST WHILE HAVE CHANCE!’ Semoga Allah SWT melindungi kita! Berhenti diskriminasi dan mula hormati keputusan orang lain!” katanya lagi
Rita Geram Ada Rakan Artis Bersikap Talam Dua Muka
Melihat perkongsian rakan baiknya di Instagram, Rita Rudaini turut meluahkan rasa geram dan kecewa kerana terdapat rakan artis yang bersikap seperti talam dua muka.
“Belum di kira kena kecam keji dengan rakan-rakan industri lagi ampa oiii.. Depan manis, belakang mengeji hanya sebab perkongsian kita dan kita prosafe.
Depan-depan ‘babe-babe’, belakang pandang kita yang prosafe ni macam jijik nawww.. Macam buat jenayah lah.. Kawan pun jadi lawan..
Tapi ampa, kita kena kenang sampai mati. Tahu siapa yang boleh buat kawan.. Masa Covid ni lah Tuhan tunjukkan dekat kita ampa. Siapa sebenarnya ‘KAWAN’…” luah Rita
Foto – Instagram @lananodinmckienzie
Melihat komen Rita di ruangan komen postingnya itu, Lana meluahkan rasa geram dan sedih kerana masih ada pihak yang terus menyebarkan khabar angin negatif untuk menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak ke luar negara.
“@ritrud727 Ni ada juga kata, aku kena terima kasih dekat DG Hisham sebab aku keluar masa negara sedang pemulihan. Sebab dah cukup herd immunity katanya….
Kemudian aku kata aku dapat kebenaran ni lama dah, tapi aku je tak buat keputusan balik sebab ada kerja dekat KL tak siap lagi!
Ni lagi sorang, kalau herd immunity dah capai kenapa tak masuk masjid ke mall. Masih nak sekat-sekat orang… Kata dah capai!! Tolong hentikan khabar angin pasal herd immunity ni, takutkan orang!
Sempadan ke luar negara kalau ada sebab nak balik, tak pernah tutup pun dari dulu. Janji ikut undang-undang MTP dan ada alasan sah dan mengikut undang-undang yang betul!!
Dia orang ni masih lagi nak melawan, bila kita dah bagitahu kebenaran… Ada je nak jawap lain!” balas Lana
Macam-macam orang sekarang ini, hentikan khabar angin yang tak benar belajar hidup dalam norma baru dengan virus.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment