Pesawat Rimbun Air milik Indonesia yang dilaporkan terputus hubungan dan hilang ketika dalam perjalanan daripada lapangan terbang Nabire ke Bilorai pagi tadi telah dijumpai, lapor Tribunnews.
Memetik laporan portal, pesawat tersebut ditemui dalam keadaan hancur dan terbakar berdasarkan pemerhatian oleh helikopter Eagles Task Force.
ARTIKEL MENARIK:Selain Amalan Minum Air Mani, 4 Tradisi Pelik Ini Masih Wujud
Ketua Polis Intan Jaya, AKBP Sandi Sultan menjelaskan, pesawat itu ditemui pada ketinggian 2400 meter dan lima hingga enam kilometer dari Lapangan Terbang Bilogai ke arah Daerah Homeyo.
Sandi Sultan berkata, proses menyelamatkan mangsa akan dilakukan melalui jalan darat dengan melibatkan Tentera Nasional Indonesia, pemimpin masyarakat dan pemimpin agama tempatan.
Ditanya mengenai keadaan kru penerbangan, beliau meramalkan bahawa kemungkinan besar kesemua mangsa tidak selamat.
“Keadaan pesawat hancur, ada kemungkinan kecil untuk mereka bertahan hidup, bahagian kepala pesawat adalah yang paling hancur,” kata Sandi.
Pesawat kargo yang tidak membawa penumpang awam dan hanya membawa muatan bahan binaan di dalamnya itu telah dijadualkan melakukan pendaratan pada pukul 7.10 pagi waktu tempatan, namun terputus hubungan selepas komunikasi terakhir pada 7.37 pagi tadi.
Tiga anak kapal dilaporkan terlibat ialah juruterbang, H Mirza, pembantu juruterbang, Fajar dan mekanik, Iswahyudi.
Sumber: Tribunnews via Siakap Keli
Post a Comment