“Paksaan Apakah Ini?”- Rita Rudaini Kecewa Lesen Peniaga Enggan Divaksin Bakal Ditarik

“Paksaan Apakah Ini?”- Rita Rudaini Kecewa Lesen Peniaga Enggan Divaksin Bakal Ditarik

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal mengenai berita lesen perniagaan peniaga yang tidak terima vaksin akan ditarik dan berpendapat ianya sebagai satu diskriminasi.

“Paksaan Apakah Ini?”- Rita Rudaini Kecewa Lesen Peniaga Enggan Divaksin Bakal Ditarik



“Paksaan Apakah Ini?!-Rita Rudaini


ARTIKEL MENARIK:“Bape Dose Ampa Oii Dapat Rentas Negara?”- Rita Rudaini Seloroh Lana Nordin Selamat Tiba Di US


Menerusi Insta Stories nya , Rita turut mempersoalkan mengenai paksaan untuk mempunyai vaksin yang telah dikenakan terhadap peniaga biarpun mereka telah menggunakan wang sendiri untuk mempunyai lesen perniagaan yang sah.

“Diskriminasi..Bukankah masih dalam ujian klinikal? Kenapa ada paksaan ke atas tubuh badan orang lain?

Dan kalau jadi sesuatu, tanggung sendiri… Ambik lesen pun duit peniaga, renew lesen pun duit mereka..Paksaan apakah ini?!”-soal Rita

Beliau menambah, para peniaga yang tidak divaksin ini juga mempunyai tanggungan yang harus dijaga.

“Perut anak bini mereka harus disuap..Kalau macam ni, manakah hati perut anda wahai manusia?- katanya lagi


Tindakan Batalkan Lesen Peniaga Antivaksin Sebagai Jaminan & Beri Keyakinan Pada Orang Ramai



Loading...


Menurut laporan Sinar Harian, Exco Pertanian, Penternakan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Norhizam Hassan menyatakan bahawa tindakan tegas akan diambil dengan membatalkan lesen perniagaan peniaga yang tidak mahu divaksin.

“Kita telah beri nasihat dan amaran, tapi kalau masih ada peniaga yang tidak mahu vaksin, saya sendiri akan mengambil tindakan tegas dan menutup perniagaan mereka kerana kita tidak mahu hanya kerana seorang, kes kembali meningkat.”-tegas Norhizam

Ia sebagai jaminan dan memberikan keyakinan kepada orang ramai  termasuk pelancong sekiranya pelancongan domestik dibuka dijangka pada Oktober dan November depan.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post