SULAWESI SELATAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun melalui detik-detik yang menggerikan apabila mata kanannya dicungkil sebagai memenuhi syarat untuk cepat menjadi kaya.
Malang tambah berganda buat kanak-kanak itu kerana tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan oleh ibu, ayah, bapa saudara serta datuk dan neneknya sendiri dalam ritual pesugihan atau memiliki kekayaan segera.
ARTIKEL MENARIK:Membazir! YB Khairy Jamaluddin Luah Rasa Kecewa Dengan Amerika Syarikat
Dalam kejadian di Malino, Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia itu, polis yang menerima laporan menahan kesemua suspek yang dipercayai terpengaruh dengan halusinasi dan bisikan ghaib.
Mangsa pula dikejarkan ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Syech Yusof di Gowa disebabkan mata kanannya itu cedera selepas dicungkil.
Sebelum dibawa ke hospital, mangsa terlebih dahulu diselamatkan oleh seorang lagi bapa saudaranya, Bayu bersama pasukan keselamatan yang terdengar tangisan kanak-kanak itu yang matanya sedang dicungkil.
“Kebetulan kami baru pulang dari menziarahi kematian dan sedang duduk di depan rumah mangsa. Tiba-tiba kami dengar teriakan anak kecil menyebabkan kami masuk dan melihat matanya sedang dicungkil oleh ibu dan bapa sementara datuk sementara neneknya memegang tangan dan kaki mangsa.
“Melihat kejadian itu, kami terus bawa mangsa untuk diselamatkan,” kata Bayu seperti dilaporkan portal berita Kompas.
Bayu turut mendakwa, anak saudaranya itu merupakan mangsa pesugihan oleh keluarganya.
Ini kerana, ibu mangsa mendakwa sering terdengar bisikan ghaib selain kerap melakukan ritual aneh pada malam-malam tertentu.
“Di rumah itu memang mereka sering adakan ritual aneh seperti pesugihan dan mereka kerap berhalusinasi,” dakwa Bayu lagi.
Sementara itu, daripada lima orang suspek yang ditahan polis, dua daripadanya dirujuk ke Rumah Sakit Dadi Makassar untuk menjalani pemeriksaan mental.
“Kejadian ini adalah kes KDRT (kekerasan dalam rumah tangga) terhadap anak di bawah umur. Kami telah menahan tiga orang (suspek) dan dua lagi (suspek) menjalani pemeriksaan di Rumah Sakit Jiwa Dadi Makassar disebabkan disyaki terdapat gangguan mental.
“Bagaimanapun, kami masih menunggu hasil pemeriksaan mental,” kata jurucakap polis Gowa, Boby Rachman kepada Kompas.
Hasil pemeriksaan polis terhadap suspek juga menemukan fakta bahawa motif kejadian disebabkan terpengaruh dengan halusinasi dan bisikan ghaib.
Sumber : Astro Awani via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment