Polis Buru Pemandu Myvi Yang Memandu Lawan Arus. Ada VIDEO

Polis Buru Pemandu Myvi Yang Memandu Lawan Arus. Ada VIDEO

Polis sedang mengesan kenderaan yang dipandu secara lawan arus di Lebuhraya MEX yang berjaya dirakam oleh slaah seorang kru Astro Awani pada Sabtu lalu.

Polis Buru Pemandu Myvi Yang Memandu Lawan Arus. Ada VIDEO



Menerusi satu kenyataan media dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa kenderaan jenis Myvi berwarna kelabu dari arah Wangsa Maju menghala ke arah Putrajaya telah dipandu secara melawan arus sehingga mengakibatkan berlaku kemalangan sebuah Proton Wira kerana mengelak daripada kenderaan tersebut.

ARTIKEL MENARIK:‘Nasib Bayi Berpaut Pada Kaki’-Ibu Hamil Bersalin Sendiri, Netizen Doa Jururawat Terima Balasan Dunia


[TERKINI] Sebuah kenderaan melawan arus di Lebuhraya MEX sebentar tadi.

Hati-hati kpd semua pemandu!

Video dirakam krew Awani sebentar tadi. Maklumat lanjut menyusul @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/qQojkG7krY

— Fareez Azman (@FareezAzmann) September 4, 2021

Justeru itu, pihak PDRM memohon kerjasama kepada pemilik video tersebut dan orang ramai yang melihat kejadian tersebut untuk tampil ke Balai JSPT KL bagi membantu mengesan kenderaan tersebut.



Loading...


Oleh itu, pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyao sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT KL 03-20260267/69.

Image

Image

Sumber : Twitter, PDRM via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post