Tular di media sosial milik Menteri Kesihatan Malaysia hari ini, di mana Khairy Jamaluddin meluahkan rasa kecewa terhadap Amerika Syarikat di akaun Instagramnya.
Kecewa Amerika Syarikat Bazir Berjuta Vaksin
ARTIKEL MENARIK:2 maut lori terbabas jatuh gaung
Khairy Jamaluddin berkongsi tangkap layar berita mengenai berjuta pembaziran dos vaksin dibuat oleh Amerika Syarikat dalam tempoh setengah tahun.
Menteri Kesihatan ini meluahkan rasa kecewanya terhadap pembaziran yang dilakukan itu, apatah lagi kurang dari 10 peratus populasi di negara-negara miskin masih ada yang belum mendapat dos vaksin.
Foto – Instagram/Twitter @Khairykj
“Sangat menyedihkan. Kita lawan terhadap ketaksamaan dan penghantaran vaksin global sebelah pihak hanya untuk negara kaya mendapat program vaksinasi terpantas di dunia.
Bayangkan negara-negara miskin yang mana 10% populasi mereka belum divaksin, hanya melihat negara kaya membazir vaksin untuk menyelamatkan nyawa.”
Pembaziran seperti ini sepatutnya boleh dielakkan, jika pengurusan dan pengendalian program vaksinasi dilaksanakan dengan baik.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment