Gara-gara memiliki tubuh yang dikatakan terlalu kurus, pelakon Mimi Lana sering terkena tempias bdy shaming daripada warganet.
ARTIKEL MENARIK:“Yang Kepala Batu Dan Selfish Ramai, Tak Guna Common Sense” – Cef Wan Luah Rasa Kecewa, Nasihat Elak Tempat Sesak
Terbaru, Mimi, 26, sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik sebuah rakaman video ketika melakukan aktiviti work out di sebuah gimnasium.
Menerusi laman Instagram (IG) miliknya, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin memberitahu dia kembali bersenam selepas tiga bulan ‘cuti’.
Loading...
Bagaimanapun, ruang komen dipenuhi dengan netizen yang tidak berpuas hati dengan fizikal Mimi.
Namun, ada segelintir wargamaya yang menegaskan work out bukan semata mata untuk kurus tetapi lebih pada kekal fit. Justeru, mereka berharap agar tidak berulang lagi bdy shaming dan membiarkan pelakon filem Pusaka itu selesa dengan penampilan dirinya.
Sumber: Oh Bulan via Motif Viral
Post a Comment