“Yang Kepala Batu Dan Selfish Ramai, Tak Guna Common Sense” – Cef Wan Luah Rasa Kecewa, Nasihat Elak Tempat Sesak

“Yang Kepala Batu Dan Selfish Ramai, Tak Guna Common Sense” – Cef Wan Luah Rasa Kecewa, Nasihat Elak Tempat Sesak

Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Cef Wan kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat yang mengambil mudah tentang penjarakan sosial.

“Yang Kepala Batu Dan Selfish Ramai, Tak Guna Common Sense” – Cef Wan Luah Rasa Kecewa, Nasihat Elak Tempat Sesak



Cef Wan meluahkan rasa kesalnya selepas melihat beberapa video viral yang merakamkan orang ramai beriadah sehingga kawasan tersebut menjadi sesak.

ARTIKEL MENARIK:Foto Pvnggung, Netizen Minta Nora Danish Sedar Diri – “Dah Berumur Ni Cukup2 La”


Menerusi coretannya di akaun Instagram, Cef Wan berpendapat situasi tersebut tidak seharusnya berlaku memandang negara masih lagi berusaha untuk mengekang CVD-19. Menurut nya, mereka sepatutnya lebih berhati-hati menjaga penjarakan kerana jika tidak keadaan sesak seperti itu boleh mengundang risiko jangkitan kepada ahli keluarga.

“Seseorang telah menghantarkan saya video ini, tak pasti di mana tetapi kedengaran seperti Indonesia. Wow macam pi pesta air lah pulak di Indonesia ni. Nampak menakutkan kan?

“Tinggi risikonya dengan adanya CVD disekeliling. Jika di Indonesia 2×5 lah macam di Malaysia sikap orang Melayu kita ni.

“Saya juga ada melihat viral macam-macam video di PD dan juga kawasan air terjun di negara kita. Saya terkejut melihat kesesakan itu.

“Yes, its true many of us are so fed up with lock down for months. Tetapi when it’s overcrowded macam ni risiko amat tinggi.

“Tak guna common sense masing-masing. Human beings ni satu dunia sama aja biar pun negara apa sekali pun.

“Yang kepala batu dan selfish ramai atau pun yg jenis perihatin dan berhati hati. Kasihan Allah bagi otak masing-masing yang waras tetapi mereka tak boleh berfikir keselamatan ahli keluarga masing-masing. They never seem to learn!” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)



Loading...


Sejak kelmarin, platform media sosial telah dipenuhi dengan keluhan ramai mengenai situasi di kawasan air terjun Sungai Pisang Gombak yang menjadi tumpuan ramai sehingga terlalu sesak.

Gambar serta video kepadatan orang ramai yang berhimpit-himpit ternyata mengundang kemarahan netizen.


Sumber: Gempak via Motif Viral




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post