Bahana Diberi Kelonggaran SOP, Hutan Pula Penuh Dengan S4mpah S4rap

Bahana Diberi Kelonggaran SOP, Hutan Pula Penuh Dengan S4mpah S4rap

Apabila pihak kerajaan membenarkan penduduk di sekitar Lembah Klang untuk bergerak merentas daerah dan memandu lebih 10 kilometer daripada lokasi kediaman, ramai yang menarik nafas lega.

Bahana Diberi Kelonggaran SOP, Hutan Pula Penuh Dengan S4mpah S4rap



Hal ini bukan sahaja boleh kembali merancakkan ekonomi negara, malah ia dilihat sebagai peluang bagi mereka yang sudah lama terperap di rumah untuk kembali melihat dunia luar.

ARTIKEL MENARIK:Akhirnya! KLIA Berjaya Menewaskan Lapangan Terbang Changi, Singapura


Namun, tidak semua mensyukuri kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Perkara tersebut boleh dilihat menerusi ciapan yang dihantar oleh seorang pengguna Twitter, Khairul Azri.

Lokasi: Hutan Lipur Hulu Perdik, Langat.

— Khairul Azri (@mkhairulazri) September 14, 2021

Menerusi ciapan berkenaan, Khairul Azri berkongsi empat keping gambar yang difahamkan dirakam di Hutan Lipur Hulu Perdik, Hulu Langat, Selangor.

Gambar-gambar tersebut memperlihatkan sikap segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati, mengotori pandangan serta keadaan hutan yang dahulunya bersih.

“Abang kakak tuan puan. Nak beriadah dalam musim CVD19, selain jaga SOP, tolonglah jaga kebersihan, jangan buang s4mpah merata.

“Takda tong s4mpah, bawa masuk kereta buang di rumah. Sekian,” tulisnya.

Rata-rata pengguna Twitter melahirkan rasa kurang senang terhadap gambar yang dikongsikan oleh Khairul Azri.



Loading...


“Manusia ni masuk hutan terus auto bodoh. Orang kampung pun ada sivik. Maaf kamu semua, marah sebab kampung aku,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Banyak lagi tak sedar tentang kebersihan. Jadi pendapat saya yang tidak seberapa ini, tolong dipakej sekali sampah. Tempat riadah cas untuk sampah RM5 seorang. Kalau buang merata bukan di tong sampah, denda RM300,” cadang seorang lagi penggua laman sosial itu.

Ada juga yang kecewa dan mengandaikan pengunjung sudah tahu untuk menjaga kebersihan selepas lama tidak keluar rumah. Namun, sangkaannya meleset apabila mentaliti membuang sampah merata-rata masih dekat melekat dalam diri rakyat Malaysia.


Sumber: Gempak via Motif Viral




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post