Mayat Dibawa Bersiar-siar Selepas Dibersihkan, Ini Sebabnya..

Mayat Dibawa Bersiar-siar Selepas Dibersihkan, Ini Sebabnya..

Setiap negara mempunyai budaya tersendiri namun lain ceritanya di Toraja Utara, Sulawesi Selatan selepas salah satu budaya mereka dikatakan mendapat perhatian ramai kerana masyarakat di situ perlu mengadakan ritual membersihkan mayat ahli keluarga sebelum dipakaikan baju baharu dan dibawa bersiar-siar, baru-baru ini.

Mayat Dibawa Bersiar-siar Selepas Dibersihkan, Ini Sebabnya..



Upacara atau ritual yang digelar ‘Manene’ itu telah disambut oleh masyarakat setempat setiap tiga tahun di penghujung bulan Ogos serta ia telah diamalkan ejak berdekad lamanya terutama selepas musim menuai.

ARTIKEL MENARIK:NGERI. Keluarga Sanggup Cungkil Mata Anak Hanya Untuk Cepat Kaya.


Upacara berkenaan dikatakan telah diamalkan oleh etnik minoriti di Baruppu dan mengikut kepercayaan mereka,  jika ritual ‘Manene’ tidak dilakukan pada masa yang ditetapkan, sawah padi serta ladang mereka akan diserang tikus dan haiwan perosak yang lain.

Penduduk tempatan turut mengatakan kisah ritual ‘Manene’ tersebut bermula selepas seorang pemburu haiwan yang bernama Pong Rumasek datang memburu ke Toraja Utara lalu menemui satu mayat terbiar di wilayah terbabit.

Kemudiannya, dia mengambil keputusan untuk menguruskan mayat berkenaan dengan memberikannya persalinan baharu sebelum mengebumikannya.

Menurut penduduk tempatan tersebut, rezeki Pong Rumasek semakin mencurah-curah serta kerap mendapat hasil buruan selepas melakukan hal tersebut.


Loading...



Tambahnya, untuk melakukan ritual ‘Manane’, mereka pada mulanya perlu mengeluarkan mayat  dari keranda biasa serta akan dibacakan doa dalam bahasa Toraja kuno.

Setelah mayat dikeluarkan, ia kemudian akan diangkat dan mula dibersihkan dari atas kepala hingga ke hujung kaki dengan menggunakan kain bersih serta barulah mayat tersebut dipakaikan baju baharu dan dibawa bersiar-siar atau dikumpulkan di rumah adat Tongkonan di mana semua waris si mati berhimpun.

Selepas ritual tersebut selesai, mayat kemudiannya  akan disimpan semula di Patane iaitu struktur menyimpan mayat yang telah dimumiakan.

Sumber: Astro Awani via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post