‘Jangan Bimbang’- Menteri Akhirnya Buka Mulut Tentang Kebocoran Data Dalam JPN

‘Jangan Bimbang’- Menteri Akhirnya Buka Mulut Tentang Kebocoran Data Dalam JPN

Semalam, lowyat.net melaporkan terdapatnya sebuah perkongsian di forum popular yang menjual data peribadi rakyat Malaysia yang dicuri melalui API myIDENTITY Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Di dalamnya terkandung hampir 4 juta data rakyat Malaysia yang lahir antara 1979 hingga 1998.

‘Jangan Bimbang’- Menteri Akhirnya Buka Mulut Tentang Kebocoran Data Dalam JPN



Ia didedahkan oleh seorang pengguna twitter dan juga pakar IT yang dikenali dengan nama Adnan Mohd Shukor. Beliau berkongsi sebuah tangkap layar yang menunjukkan jualan yang menawarkan empat juta data peribadi yang bocor daripada laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

ARTIKEL MENARIK:Beratur Panjang Untuk Tukar Kad ATM. Netizen Mula Bising Dan Ini Cadangan Untuk Pihak Bank




Foto: Twitter @xanda

Menteri Buka Mulut

Harga yang ditawarkan oleh pemuat naik iklan itu ialah 0.2BTC ataupun sekitar RM35 ribu dalam matawang fiat. Walaubagaimanapun, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaNow, pihak LHDN sedang menyiasat dakwaan tersebut.



Loading...


Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin akhirnya buka mulut terhadap isu ini. Katanya kepada Harian Metro,  dia mengesahkan tiada sebarang kebocoran maklumat dalam pangkalan data peribadi MyIdentiti.

Beliau juga yakin bahawa sistem kawalan keselamatan data ‘FireWall’ adalah sangat kukuh dan kesemua maklumat adalah dilindungi.

“Kementerian saya sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia yang berada di bawah jagaan JPN adalah terjamin.

“Jadi jangan bimbang mengenai data yang dipegang oleh JPN, kementerian saya akan memastikan semua agensi selepas ini yang menggunakan data MyIdentiti daripada JPN segera mengambil langkah yang ketat,” – katanya menerusi laporan Harian Metro.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post