Loca B Kecewa Anak Lahir Di Luar Negara Tidak Dapat Taraf Warganegara Malaysia

Loca B Kecewa Anak Lahir Di Luar Negara Tidak Dapat Taraf Warganegara Malaysia

Pemenang AJL35, Loca B meluahkan kekecewaannya apabila sukar untuk mendapatkan kewarganegaraan buat anaknya yang dilahirkan di luar negara pada tahun 2016.

Loca B Kecewa Anak Lahir Di Luar Negara Tidak Dapat Taraf Warganegara Malaysia



Menerusi laman Twitter, penyanyi ini turut memetik akaun twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri untuk menceritakan permasalahannya.

ARTIKEL MENARIK:Penerbit Filem Terkenal Kurang Senang Lihat Aksi Wanita Berpurdah Yang Viral Di TikTok


“Dear @IsmailSabri60, pada 2016 saya melahirkan anak saya di luar negara, (bapa bukan warganegara Malaysia). Saya call Malaysia Embassy do UK untuk bertanya tentang pendaftaran kewarganegaraan. Mereka jawab ‘kami tak dapat tolong, kena ikut kewarganegaraan bapanya'”- luah Loca


Akui Terkejut Tiada Hak Sebagai Wanita Warganegara Malaysia

Loca mengakui beliau rasa terkejut apabila mengetahui  tiada hak sebagai wanita warganegara Malaysia untuk turunkan kewarganegaraan kepada anaknya.

“Terkejut dapat tahu yang saya tiada hak sebagai wanita warganegara Malaysia untuk turunkan kewarganegaraan, negara aku sendiri diskriminasi terhadap aku @IsmailSabri.



Loading...


Saya minta dan merayu tolonglah tarik balik rayuan itu. Saya tak perlukan duit tak perlukan apa-apa.”- katanya lagi


Perlu Surat Hak Penjagaan Anak Untuk Renew Visa


via Instagram @kuning.langsat

Loca  turut memberitahu bahawa beliau memerlukan surat hak penjagaan anak untuk renew Visa dan temujanji mahkamah yang sudah berpindah sebanyak 3 kali.

“Selepas dah berkahwin semula sekarang nak renew visa pun perlukan surat hak penjagaan anak. Itu kena ke mahkamah.

Mahkamah punya appointment? Dah kena pindah 3 kali sekarang bulan 12. Maksudnya selagi saya tak dapat surat hak penjagaan anak saya tidak dapat renew visa.”- dedahnya

Rayu Pada PM Untuk Bantu Kaum Ibu & Anak-Anak Yang Berada Pada Situasi Yang Sama


via Instagram @kuning.langsat

Loca B atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali menyatakan bahawa beliau dan kaum ibu yang lain terpaksa berada dalam situasi sebegitu disebabkan kerajaan yang memilih untuk intepretasi undang-undang dan diskriminasi terhadap wanita.

“Saya dan ibu-ibu lain terpaksa berada dalam limbo ini kerana kerajaan memilih untuk interpretasi undang-undang melalui mata yang seksi dan diskriminasi terhadap wanita.

Saya mungkin tidak suntuk wang, hanya masa dan tenaga. Tapi ibu-ibu lain?? Sekolah?? Apa yang negara ini takut sangat dengan anak-anak kaum hawanya??Tak pure blood?? Ni Bukan Harry Potter.

Saya merayu Tuan @IsmailSabri60 untuk tolong kaum ibu dan anak-anak kami.”- rayunya


Sekadar info, Loca mempunyai seorang anak ,Yusuf Alezander yang telah dilahirkan di United Kingdom hasil perkahwinannya terdahulu manakala perkahwinannya bersama penyanyi Tuju, dikurniakan seorang lagi cahaya mata keduanya yang diberi nama sebagai Bintang Aiko.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post