Tular di media sosial foto orang ramai yang beratur panjang di beberapa cawangan bank semata-mata ingin menukar kad ATM mereka yang tamat tempoh.
Keadaan tersebut membuatkan ramai yang marah dan merasakan pihak bank sepatutnya mencari solusi baharu agar keadaan tersebut tidak berlaku.
ARTIKEL MENARIK:Ielaki Lengkap D0s Vksin MninggaI Dunia Dpan Rumah Slepas PuIang Berbasikal.
Ramai beranggapan dengan keadaan ekonomi sekarang masing-masing dalam keadaan memerlukan duit, dek kerana kad ATM luput orang ramai ‘terpaksa’ beratur panjang untuk urusan tukaran kad semata-mata.
Orang ramai ketika ini mempersoalkan apakah solusi segera yang pihak bank boleh ambil untuk memudahkan pelanggan mereka, tiadakah solusi perbaharui secara atas talian?
Ada juga yang mempersoalkan kenapa pihak bank tidak hantar sahaja kad ATM pelanggan menggunakan perkhidmatan courier yang berlambak di Malaysia.
“Kalau sebelum ni pemotongan duit boleh dibuat tanpa makluman kepada pelanggan, kenapa tidak buat pemotongan untuk tukaran kad ATM secara automatik dengan hanya makluman melalui surat bersama kad ATM baharu,” jelas Hisham Hisham.
“Aku nampak bank hanya sekadar ‘take for granted’ kau nak duit kau usaha la sedaya mampu, walhal semua yang beratur tu pelanggan yang gunakan servis mereka.
“Mereka semua layak dapat layanan setara pelanggan lain dan bukan dilayan seperti si penghutang,” jelas Hilmi Syazwan
Sumber : Kosmo Online via Trending Kini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment