Elfira Loy kini semakin ayu dan anggun dengan penampilkan fesyen wanita muslimah, yang manis bertudung labuh dan mengenakan jubah atau blouse labuh sebagai imej hariannya.
Melihat perubahan dari segi penampilan selebriti tersebut, membuatkan peminat wanita ini tertanya-tanya sebab perubahan tersebut di Instagram Story Elfira baru-baru ini.
ARTIKEL MENARIK:“Berhati-Hatilah Berurusan Dengan Artis-Artis Pendek Akal Macam Ni”- Shahrulezad
Elfira Kongsi Sebab Penghijrahan
Menjawab soalan yang ditanyakan peminatnya itu, Elfira menyatakan dirinya berasa cemburu melihat orang baik dan berasa malu melihat wanita yang baru bertudung tetapi memiliki hidayah yang jelas terpancar di wajah mereka kerana keinginan menutup aurat.
Foto – Instagram @elfiraloy
“Saya fikir apa penghijrahan saya sekarang? Setiap manusia nak lebih baik jadi apa pencapaian saya. Tambahan lagi, saya cemburu tengok orang baik. Malu dengan orang yang baru pakai tudung tapi hidayahnya jelas menutup aurat.
Masih Cuba-Cuba – Elfira
Wanita serba boleh ini juga menyatakan bahawa dirinya kini masih lagi mencuba-cuba dan meminta agar orang ramai mendoakan dirinya agar tidak berbolak-balik dalam apa yang dilakukannya.
Dalam masa yang sama Elfira juga meluahkan buat masa sekarang penampilan yang dibawa jadi mudah kerana masih duduk di rumah, dan menyatakan dirinya berasa risau apabila mula berkerja akan datang.
Foto – Instagram @elfiraloy
“Saya pun masih cuba-cuba. Doakan supaya tidak berbolak-balikkan hati ni. Ni duduk rumah tak ada buat apa memang. Alhamdulillah mudah.
Bila dah mula kerja nanti…….”
Peminat Minta Tips Untuk Kekal Istiqamah
Selain itu, peminat Elfira juga bertanyakan apakah tips untuk diri kekal istiqamah, dan menjawab soalan berkenaan Elfira menyatakan kuncinya adalah dengan mencabar diri menyertai usrah, dan habiskan masa dengan Al-Quran.
Foto – Instagram @elfiraloy
“Saya juga cabar diri saya dengan mengadakan masa untuk diri sendiri bersama al-Quran dan usrah.”
Bagus tips yang diberikan, luangkan masa dengan mengaji al-Quran dan menyertai majlis atau ilmu agama secara dalam talian bukan saja menambah ilmu tetapi juga dapat membentuk diri juga!
Kredit -Murai MY.
Post a Comment