“Berhati-Hatilah Berurusan Dengan Artis-Artis Pendek Akal Macam Ni”- Shahrulezad

“Berhati-Hatilah Berurusan Dengan Artis-Artis Pendek Akal Macam Ni”- Shahrulezad

Umum mengetahui bahawa kini semua penggiat industri kreatif yang sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk kembali bergiat di setiap negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 9 September 2021.

“Berhati-Hatilah Berurusan Dengan Artis-Artis Pendek Akal Macam Ni”- Shahrulezad



Walaubagaimanapun, pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin tampil memberi pesanan padu terhadap segelintir artis-artis “pendek akal” yang sengaja mencetuskan provokasi kononnya tanpa mendapatkan vaksin pun masih boleh meloloskan diri menyertai produksi.

ARTIKEL MENARIK:‘Saya tak mahu ambil risiko..’ – Che Ta tegas enggan berlakon dengan...




“Selagi kerajaan tak jatuh hukum mandatori diwajibkan vaksin untuk semua rakyat Malaysia. Enjoy la korang dengan kelonggaran ni. Abang takde isu pun. Suka hati korang lah. Tapi please jangan buat provokasi di set.

Jangan bangga sangat memukul canang pada kalangan artis atau crew betapa megahnya dapat menyelit dalam produksi dengan sengaja mencetuskan provokasi yang kononnya tanpa vaksin pun kau bisa meloloskan diri join us.”-Jelas Shahrulezad

Terima Tempias Disebabkan kesombongan Artis

Pengarah ini turut menyatakan bahawa disebabkan kesombongan dan kejahilan segelintir artis, mereka turut menerima tempias.

“Disebabkan kesombongan and of coz kejahilan segelintir habis kita semua terpalit sama. Tak pasal-pasal reporter tanya abam mintak komen. Tak pasal-pasal DJ @haizahanafi petik isu yang sama tanya pendapat abam pagi tadi.

Bila dah diasak soalan-soalan panas begini tak logik la kalau abg nak kasik komen yang murni-murni jer. Opkos la aku tumpang melahar sama sebab geram.”-Shahrulezad



Loading...


“Berhati-Hatilah Bila Berurusan Dengan Artis-Artis Pendek Akal Macam Ni”-Shahrulezad


Shahrulezad melalui posting di Instagram turut memberi pesanan pada para produser, pengarah, dan dan stesen televisyen untuk berhati-hati apabila berurusan dengan artis-artis yang “pendek akal”.

“Untuk rakan produser, pengarah, stesen TV berhati-hatilah bila berurusan dengan artis-artis pendek akal macam ni. Nanti tak pasal-pasal dengan kita sekali diheret menerima kecaman sama atas tuduhan kita seolah-olah sengaja menutup mata semua.

Paling seram hanya kerana seorang dua bimbo yang degil ini silap-silap kerajaan akan tarik balik kelonggaran untuk shooting yang baru diberikan ini.”-Shahrulezad

Beliau menambah, titip pesanan pada rakan krew dan artis untuk membuat laporan pada produser sekiranya terdapat artis atau krew yang tidak mengambil vaksin tetapi melakukan penipuan.

“Untuk rakan-rakan krew atau artis sekiranya korang dapat tahu ada kalangan krew atau artis yang tak vaksin tapi menipu tolong report pada produser. Kalau produser pun dua kali lima sekongkol bersubahat sama sila report pada stesyen ataupun  Finas.

Hanya disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.”- Jelas Shahrulezad


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post