Ustazah Asma Ulas Isu Panggung Wayang Dibuka Semula, Netizen Kaitkan Dengan Masjid

Ustazah Asma Ulas Isu Panggung Wayang Dibuka Semula, Netizen Kaitkan Dengan Masjid

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi Industri Kreatif termasuk pembukaan semula panggung wayang bagi individu yang sudah lengkap vaksin.

Ustazah Asma Ulas Isu Panggung Wayang Dibuka Semula, Netizen Kaitkan Dengan Masjid





ARTIKEL MENARIK:'Kurang sebulan bergelar PM, cepat betul buat kerja...' - Cik Yah puji ketangkasan PM




Foto: TGV Cinemas

Hal ini telah menarik perhatian pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun semalam telah memuatnaik sebuah ‘posting’ di Instagram  bersuara mengenai kelonggaran ini. Beliau faham ramai yang hilang pekerjaan kerana kesan pandemik ini.

“Iya, kita faham, mereka juga perlu cari pendapatan, kita tahu memang berjuta rakyat hilang kerja dan tukar sumber rezeki kesan pandemik. Saya percaya mereka yang terlibat dengan dunia pawagam juga melalui hal yang sama, termasuk para artis filem.”- tulisnya



Loading...


Walaubagaimanapun, Asma memberi pandangan jika panggung wayang dibuka akan mengundang bahaya.

“Mungkin saya berfikiran pendek, saya bayangkan, jika seorang sahaja pembawa, dalam tempoh 2 jam berada dalam pawagam, tempat tertutup dan berhawa dingin, ia sangat berisiko. Bimbang bukan pecah rekod tayangan atau blockbuster, tapi pecah rekod c19.”- luahnya rasa bimbang.

Berita pembukaan semula panggung wayang itu menyebabkan segelintir netizen tidak berpuas hati dengan posting dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Netizen mengaitkan dengan  SOP masjid yang masih belum dibuka mengikut kapasiti keluasan, kuliyah dhuha dan sebagainya. Sedangkan pawagam dibenarkan dengan kapasiti 50%.


Sumber: BH Online

Keluhan netizen ini turut mendapat perhatian Asma, ini komen beliau;

“Maaf sangat, daripada ruangan komen KKM banyak pihak yang buat perbandingan dengan masjid, mohon dibuka untuk kuliyah dhuha dan lain-lain pengajian agama, namun kita akur dan yakin pihak berwajib buat keputusan terbaik mengikut situasi semasa. Kita masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan Endemic.”- katanya

Walaubagaimanapun, Asma berfikiran positif dan merasakan keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah terbaik dan mengikut situasi semasa.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post