Akhirnya! KLIA Berjaya Menewaskan Lapangan Terbang Changi, Singapura

Akhirnya! KLIA Berjaya Menewaskan Lapangan Terbang Changi, Singapura

Pasti ramai yang merindukan suasana lapangan terbang bukan? Kalau dulu, lapangan terbang tak pernah sunyi dari pengunjung kini sepi kerana pandemik.

Akhirnya! KLIA Berjaya Menewaskan Lapangan Terbang Changi, Singapura



Kalau bercakap pasal lapangan terbang, pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa dari segi kemudahan dan keselesaan, lapangan terbang Changi, di Singapore layak mendapat tempat teratas.

ARTIKEL MENARIK:Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di 7 Buah Negeri Sehingga Petang Ini


Bagaimanapun, ada satu lagi kategori di mana KLIA lebih unggul dari lapangan terbang Changi dalam World Airport Awards oleh Skytrax. Kategori anugerah itu adalah Imigrasi Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2021.

Bagaimana KLIA boleh terpilih? Ini berdasarkan di mana lapangan terbang di seluruh dunia berada di kedudukan berdasarkan kecekapan, kepantasan dan kesopanan dalam perkhidmatan kakitangan imigresen (termasuk piawaian perkhidmatan e-gate. Pada tahun 2021, ia merangkumi langkah-langkah perlindungan Covid-19 digunakan untuk kawasan imigresen.


Sumber: www.worldairportawards.com

Tempat pertama untuk kategori ini adalah Narita Airport Tokyo, diikuti oleh Hong Kong Airport. Di tempat ketiga adalah lapangan terbang Taoyuan di Taiwan. KLIA berada di tempat keempat sementara lapangan terbang Changi di tempat kelima.



Loading...


Walaupun kita tidak berada di 10 Lapangan Terbang Terbaik, ke-55 tidak terlalu teruk. Pasti ada ruang untuk penambahbaikan dan kadang-kadang, kemenangan kecil inilah memberi inspirasi untuk menjadi lebih unggul selepas ini.



Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post