KUALA SELANGOR – Sejak petang tadi, tular video memaparkan puluhan ikan puyu didapati naik ke darat di luar sebuah surau di Sawah Sempadan, Tanjong Karang, hari ini.
Insiden itu tular menerusi video berdurasi satu minit 26 saat dengan perakam melahirkan rasa pelik terhadap kejadian tersebut, lapor Kosmo.
ARTIKEL MENARIK:Wani Comel Telah Dis4hkan Meningg4l Duni4 Akib4t C0vid-19
Keajaiban berlaku ketika hujan itu seterusnya menimbulkan pelbagai spekulasi dengan menyatakan akan berlakunya banjir besar.
“Allahu Akbar, banyaknya (ikan puyu). Ajaib, Ajaib, Ajaib. Kejaiban surau Sulaiman. Hari ini, 18 Ogos 2021 banyaknya ikan puyu naik,” kata perakam tersebut.
Sementara itu, rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut teruja dengan insiden tersebut dengan mengaitkan dengan perubahan musim.
“Ikan akan naik ketika hujan secara mendadak terus dan kejadian ini akan berlaku apabila sesuatu kawasan itu telah mengalami musim kemarau.
“Dengan kata lain sekarang sudah masuk musim hujan yang sering berbeza dgn bulan lepas agak kemarau,” kata pengguna Pekebun Kecil.
“Allah kalau hendak beri kita rezeki boleh datang dari bermacam-macam cara. Bersyukurlah. Tidak mustahil bagiNYA,” ujar pengguna Zulkafli bin Ibrahim.
Manakala pengguna Facebook menggunakan akaun nama Johan Shafiee pula berkata, kejadian ikan puyu naik ke darat merupakan fenomena biasa apabila hujan lebat.
“Hujan lebat menyebabkan berlakunya perubahan parameter air yang mungkin menjadi lebih asid”. – CARI
Kredit -Cari via ROSE MERAH
Post a Comment