Pegu4m Syura, Lan S0lo Dan Isteri Mahu Binc4ng Seles4i Lvar Mahk4mah K3s Sam4n Siti Nordiana

Pegu4m Syura, Lan S0lo Dan Isteri Mahu Binc4ng Seles4i Lvar Mahk4mah K3s Sam4n Siti Nordiana

Lima sekawan yang berdepan saman fitnah penyanyi Siti Nordiana kini menggunakan khidmat pasukan guaman berbeza bagi berdepan proses undang-undang yang sedang berlangsung.

Pegu4m Syura, Lan S0lo Dan Isteri Mahu Binc4ng Seles4i Lvar Mahk4mah K3s Sam4n Siti Nordiana



Menurut peguam Muhammad Hafiz Hood, dia bersama Alan Razak hanya bertindak mewakili tiga daripada mereka iaitu Syura Badron, Lan Solo dan isterinya, Sheila Hassim.

ARTIKEL MENARIK:Aliff Syukri tetap nak jadi PM, sekali netizen calon siapa pulak jadi TPM


Bercakap tentang perkembangan kes berkenaan, Hafiz memberitahu mereka sudah memfailkan memorandum kehadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin selain dalam proses melengkapkan penyataan pembelaan terhadap tuntutan Siti Nordiana.

“Pihak kami sudah memfailkan memorandum kehadiran di mahkamah pada Isnin, 16 Ogos. Kami juga dalam proses memfailkan penyataan pembelaan terhadap penyataan tuntutan Nana.

“Insya-Allah akan difailkan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu bermula Selasa,” kata Hafiz ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Sebelum ini, peguam Siti Nordiana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin berkata, kelima-lima defendan masih tidak diwakili oleh peguam serta tiada kehadiran dan pernyataan pembelaan yang difailkan oleh mereka.

Bagaimanapun, Alan tampil menjelaskan selaku peguam dia boleh memfailkan memorandum kehadiran pada bila-bila masa bermula daripada 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini.


Tambah Alan, pengurusan kes yang telah diadakan pada 10 Ogos ini adalah satu tarikh masih belum matang untuk memorandum kehadiran difailkan bagi pihak anak guamnya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata tiada sebarang perkembangan lain yang dapat dikongsikan buat masa kini memandangkan mereka belum memfailkan penyataan pembelaan.

Hafiz bagaimanapun memberitahu kemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas selepas proses memfailkan kesemua penyataan.



Loading...


“Buat masa sekarang, tiada perkembangan lain yang boleh dikongsikan. Bila kami dah selesai failkan penyataan pembelaan itu, barulah kami akan maklumkan apa intipati penyataan tersebut.

“Mungkin pihak kami dan peguam yang mewakili Nana akan berbincang mengenai kebarangkalian untuk mediasi di luar mahkamah selepas pihak Nana memberi jawapan kepada penyataan pembelaan,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata kelima-lima individu terbabit dituntut membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.


Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi penyataan tuntutan tersebut.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu. -CARI


Kredit -mStar Online via ROSE MERAH



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post