Shuib, ahli keluarga terdekat dibenar tunai solat jenazah Siti Sarah

Shuib, ahli keluarga terdekat dibenar tunai solat jenazah Siti Sarah

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak popular, Shuib diberi peluang untuk menunaikan solat jenazah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, hari ini.

Shuib, ahli keluarga terdekat dibenar tunai solat jenazah Siti Sarah



Penyelaras Pengurusan Jenazah HCTM, Ustaz Mohd Sanusi Mustafa berkata, bagaimanapun Shuib bersama beberapa ahli keluarga terdekat perlu memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika proses solat jenazah dilakukan.

ARTIKEL MENARIK:“Ramai Sayang, Syurga Buat Mu Sarah” – Rakan Selebriti Titip Doa Atas Pemerg1an Siti Sarah


"Pada peringkat pertama, saya bersama dua lagi wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) akan menyempurnakan kaedah tayamum dan menunaikan solat jenazah.

"Kemudian barulah Shuib bersama beberapa ahli keluarga terdekat diberi peluang untuk menunaikan solat jenazah sekali lagi untuk arwah tetapi saya akan bekalkan PPE kepada mereka," katanya.

Sementara itu, jenazah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini.



Loading...


Shuib berkata, dia bersyukur Allahyarham isterinya diberi peluang untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan ibunya.

Terdahulu, Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM pada jam 5.13 pagi, hari ini.

Berita berkaitan


Kredit -hmetro



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post