‘Doakan saya terus istiqamah…’ – Vicha kini tampil berhijab

‘Doakan saya terus istiqamah…’ – Vicha kini tampil berhijab

SEJAK Awal Muharram lalu, satu persatu artis mula berkongsi berita gembira mengenai penghijrahan mereka kea rah yang lebih baik.

‘Doakan saya terus istiqamah…’ – Vicha kini tampil berhijab



Terbaharu, pelawak dan pelakon, Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 33, turut berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang kini tampil berhijab.

ARTIKEL MENARIK:Dia Bagi Jam Tangan Guess Seorang Satu”- Helen Yap Kongsi Kenangan Manis Bersama Siti Sarah 18 Tahun Lalu

Menurut Vicha, dia berasa malu apabila menyedari hanya dirinya yang masih belum berhijab berbanding ahli keluarganya yang lain.

“Ya ALLAH, baru perasan dalam keluarga sayalah yang baru berhijab. Malunya sedangkan anak-anak saya semua pun pakai hijab dah lama.

“Ampunkan saya Ya Allah. Subhanallah, Insya-Allah tiada kata terlambat untuk hamba-Nya yang ingin belajar dan memperbaiki dirinya,” ujar Vicha.

Tiga anaknya iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista, tinggal di Bandung, Indonesia bersama ibu Vicha.


Vicha memberitahu semua ahli keluarganya sudah lama berhijab.


Loading...


Dalam perkongsian berbeza, Vicha turut berterima kasih di atas setiap doa dan kata-kata positif yang diterima melalui mesej di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

“Terima kasih di atas segala doa dan ucapan positif. Doakan saya terus istiqamah,” katanya.

Sementara itu, Vicha yang mula menempa nama di Malaysia menerusi program Maharaja Lawak Mega itu turut meluahkan rasa rindu dan berterima kasih kerana sentiasa memberi sokongan buatnya.

“Rindu kepada mereka semua (keluarga). Merekalah kekuatan saya yang selalu sokong dari belakang.

“Merekalah yang selalu ada dalam segala keadaan. Ya Allah, terima kasih atas segalanya yang telah Engkau berikan. Sujud syukur kepada-Mu dalam setuip keadaan, Insya-Allah kita akan berjumpa lagi keluargaku. Saya rindu semua,” katanya.

Vicha sebelum ini pernah meluahkan rasa rindunya setelah dua tahun tidak berpeluang pulang ke Bandung lantaran penularan virus pandemik, Covid-19.


Kredit -Sinar Plus.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post