Siapa yang tidak mengenali pelakon muda cilik Izuan Fitri. Bermula kerjaya dalam dunia lakonan apabila drama Pangkin Atok pada sekitar 2010 mendapat perhatian dari ramai pihak produksi.
ARTIKEL MENARIK:‘ALLAH bagi saya peluang, nyawa kedua…’ – 29 hari di rawat di hospital, Fazli Zainal pulang ke rumah
Memenangi Dua Anugerah Besar
via Murai
Izuan berjinak-jinak dalam dunia lakonan sejak zaman kanak-kanak dan pernah memenangi beberapa anugerah.
Pelakon filem Butak itu pernah menjulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016.
Tidak Sedarkan Diri
via Harian Metro
Seperti yang dikongsikan oleh Murai sebelum ini, pada 31 Julai lalu, Izuan Fitri dikejarkan ke Hospital Selayang selepas tidak sedarkan diri dan diserang sawan akibat penyakit tibi dihidapi.
Keadaan kesihatannya setelah menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 5 Ogos lalu belum menunjukkan sebarang perkembangan positif.
Memerlukan Bantuan Kewangan
Menurut perkongsian Penerbit Fadzil Teh di laman Instagramnya, remaja tersebut memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai perbelanjaan perubatan akibat penyakit yang sedang ditanggungnya.
Badan Makin Kurus
Memetik dari Harian Metro, kini pelakon ini telah dipindahkan ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) untuk pemantauan lanjut.
Adik (Izuan) sudah sedar, tapi dia tak mampu bercakap atau menggerakkan badan. Sekarang, dia hanya terbaring atas katil saja. Kalau pandang orang, dia diam dan renung. Kita pun tak tahu apa yang difikirkannya dan kasihan tengok dia, badan dah makin kurus sebab tak makan dan hanya terbaring.
Dengan rendah hati ibunya merayu bantuan daripada sesiapa yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan masalah kewangan dihadapi. Demi kesihatan Izuan Fitri pastinya dia akan berusaha sedaya termampu untuk mencari wang diperlukan.
Bagi maklumat lanjut mengenai bantuan untuk Izuan Fitri, boleh mengirim mesej di Facebook Nor Abdul Rani.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment