Apa Beza Antara Vaksin AstraZeneca Dan Pfizer?

Apa Beza Antara Vaksin AstraZeneca Dan Pfizer?

Terlalu banyak yang berlaku pada tahun 2020. Jadi tidak peliklah apabila ramai mahu sesuatu yang baik untuk tahun ini.

Apa Beza Antara Vaksin AstraZeneca Dan Pfizer?



Sudah beberapa hari berlalu sejak sambutan tahun baru yang paling suram dalam sejarah moden.

ARTIKEL MENARIK:Covid-22 lebih bahaya dari varian Delta, pakar Switzerland beri amaran


Namun di sebalik kemurungan yang melanda, ada sinar harapan memandangkan Pfizer memenangi perlumbaan vaksin untuk menewaskan COVID-19.

Beberapa minggu selepas pengumuman positif ini, vaksin buatan Astra-Zeneca pula mendapat kelulusan (Gallagher & Triggle, 2020).

Hikmah di sebalik pandemik COVID-19 mengajar seluruh dunia bahawa ada banyak jenis vaksin.

Poliomyelitis sahaja mempunyai enam jenama – ipol, kinrix, pediacel, pediarix, pentacle dan quadracel.

Tidak pelik apabila banyak pengeluar berusaha dengan gigih untuk mendapatkan vaksin terhadap COVID-19.

Oleh kerana Malaysia akan membentangkan rancangan vaksinasi negara pada 7 Januari 2021, dua vaksin utama (AZD1222 dan Tozinameran) harus dibincangkan.

Perbandingan

Bagi memahami AZD1222 buatan AstraZeneca, definisi “adenovirus” harus difahami dulu.

Adenovirus merupakan sejenis vektor (alat) yang sebenarnya sebuah virus dilemahkan (Carlson & Reiter & Lu, 2021).

Virus tersebut selalu menyebabkan jangkitan pada cimpanzi, tetapi sudah diubah secara genetik supaya tidak menjangkiti manusia.



Loading...


AstraZeneca menggunakan sampel COVID-19 yang ditemui di Wuhan, China.

Tidak boleh membiak, AZD1222 tidak akan menyebabkan sebarang jangkitan.

Sebaliknya ia memintas protein yang terdapat pada COVID-19 (Lee, 2020).

Apabila divaksinkan, sistem imunisasi badan mempunyai cara untuk menyerang COVID-19.

Tozinameran pula tidak menggunakan adenovirus.

Sebaliknya gandingan BioNTech dan Pfizer menghasilkan sebuah vaksin yang menggunakan “Messenger RNA” (mRNA).

Keagungan ilmu sains telah memangkinkan sebuah cara yang baru.

Biasanya sebuah vaksin menggunakan virus yang ingin diperangi (sama ada dilemahkan atau dimatikan).

Teknologi Pfizer dalam bidang vaksinologi walau bagaimanapun tidak menggunakan mana-mana bahagian virus COVID-19.

Ia hanya meniru kod genetik COVID-19 untuk “mengajar” sistem imunisasi, nescaya jauh lebih selamat kerana tiada unsur virus langsung (Rigby, 2020).

Kekurangan Tozinameran hanya pada logistik, kerana penyimpanan perlu bersuhu -70ºC. Manakala AZD1222 hanya perlu 2ºC hingga 8ºC.

Keberkesanan dan Keselamatan

Semua produk farmaseutikal boleh memberi kesan pada segelintir yang mempunyai sejarah alahan.

Orang ramai menggunakan Paracetamol untuk menangani kesakitan tertentu.

Namun ada saja orang yang mempunyai anaphylaxis (senang kata, alahan) selepas mengambil Paracetamol.

Maka jika badan boleh mengalami alahan selepas mengambil Paracetamol, masakan AZD1222 dan Tozinameran tidak.

Apa yang pasti di sini ialah kedua-dua vaksin ini tidak menyebabkan sebarang kematian.

Seorang doktor Brazil yang menyertai percubaan klinikal AZD1222 meninggal dunia pada 15 Oktober 2020 kerana COVID-19.

Beliau walau bagaimanapun disuntik plasebo, bukannya AZD1222 (Miller, 2020).

Tozinameran pernah dituduh menyebabkan enam kematian semasa menguji.

Fakta sebenar mendedahkan bahawa hanya dua dalam kalangan enam ini menerima Tozinameran (selebihnya plasebo) dan kedua-duanya tidak meninggal dunia kerana Tozinameran.

Seorang jururawat perempuan pada Disember 2020 tumbang selepas menerima Tozinameran.

Keadaan beliau ditunggang sebagai bukti kukuh yang Tozinameran merbahaya.

Kemudian sejarah jururawat ini disingkap – beliau memang akan pengsan setiap kali berasa sakit (kerana suntikan).

Jika disuntik air sekalipun, dia pengsan juga (Reuters, 2020).

Kedua-dua vaksin dilaporkan mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus.

Sumber : theoutlook.asia via Majalah MASSA




-----------------------------------------------------------------



Post a Comment

Previous Post Next Post