PENYANYI Fazli Zainal meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas 29 hari di rawat di Hospital Ampang setelah dijangkiti Covid-19.
Fazli, 44, yang sebelum ini dikejarkan ke hospital itu selepas kadar oksigen dalam badannya menurun setelah seminggu dijangkiti Covid-19.
ARTIKEL MENARIK:“Siap Buat Ujian Kesuburan,Mampu Bagi RM1 juta Sebulan”-Bekas PA Vida dedah hampir kahwin
“Alhamdulillah, saya sudah dibenarkan keluar hari ini (Sabtu) selepas 29 hari berada di hospital.
“Alhamdulillah ALLAH bagi saya peluang, nyawa kedua untuk teruskan hidup, untuk berbakti, sebarkan kebaikan,” ujarnya.
Tambah penyanyi yang terkenal dengan lagu Harapan itu, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu memberi semangat dari segi mental dan fizikal.
“Terima kasih banyak semua yang membantu dari segi mental dan fizikal sama ada secara terus atau tidak. Hanya ALLAH yang boleh membalas budi baik kalian.
Loading...
“Selesai fasa kritikal, sekarang saya perlu lalui fasa penyembuhan yang lebih kurang mencabar juga… Saya perlukan semangat dari kalian, terus doakan saya,” kongsinya menerusi Instagram.
Kredit -Sinar Plus.
Post a Comment