Sebagai seorang wanita, memang tak dinafikan kita akan kurang berkeyakinan apabila penampilan fizikal berbeza daripada orang lain.
Sama seperti seorang warga emas di Pasir Mas, Kelantan ini, dia mendedahkan sering dipandang pelik gara-gara memiliki misai dan janggut.
ARTIKEL MENARIK:Sultan Johor Titah TMJ Cari Azman Naim, Penyanyi Parodi Lagu ‘My Sejahtera Way’?
Nak tahu kenapa? Jom baca 4 fakta penting di bawah mengenai wanita warga emas ini;
#1 Berubah Pada Usia Awal 20-an
Che Halimah Che Mood, 62 tahun, mendedahkan fizikalnya berubah sejak usia awal 20-an lagi. Akuinya, doktor mengesahkan dia mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi. Sejak daripada itu, wajah Che Halimah sering ditumbuhi misai dan janggut seperti seorang lelaki.
Foto – Harian Metro
#2 Terpaksa Bercukur 1-2 Kali Seminggu
Dedah wanita warga emas ini, untuk tampil seperti wanita yang lain, dia terpaksa bercukur membuang misai dan janggutnya sebanyak sekali hingga dua kali seminggu. Tambahnya, dia perlu bercukur agar misai dan janggutnya tidak tumbuh panjang seperti lelaki.
#3 Pergerakan Terbatas Selepas Diserang Angin Ahmar
Ujar Che Halimah jika sebelum ini dia dapat bercukur sendiri, tetapi sekarang dia terpaksa meminta bantuan adik iparnya untuk bercukur. Ini kerana pergerakannya menjadi terbatas selepas diserang penyakit angin ahmar sejak lapan tahun yang lalu. Akibatnya dia mengalami lumpuh pada separuh badan kirinya.
Foto – Berita Harian
#4 Dedah Pernah Bekerja Sebagai Tukang Masak
Dipetik daripada Harian Metro, Che Halimah berkongsi dia pernah bekerja sebagai tukang masak di Singapura. Dedahnya, dia merantau mencari rezeki di negara seberang kerana tidak mahu menyusahkan orang sekeliling termasuk keluarganya.
Kalau kamu nak tahu, Che Halimah pernah beritahu dia tidak berkongsi dengan sesiapa tentang ‘masalah’ ini kerana dia berasa kurang keyakinan diri.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment