“Saya Tidak Akan Halalkan Dunia Akhirat”- Amy Search Tuju Pada Siapa Tu?

“Saya Tidak Akan Halalkan Dunia Akhirat”- Amy Search Tuju Pada Siapa Tu?

Jarang melihat penyanyi rock, Amy Search atau nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman ‘marah’ di media sosial. Murai MY sebentar tadi ternampak Amy memuat naik hantaran yang menyatakan ketidakpuasan hati tentang karyanya.

“Saya Tidak Akan Halalkan Dunia Akhirat”- Amy Search Tuju Pada Siapa Tu?



Di story Instagram, Amy mendedahkan ada beberapa pihak dan individu telah menggunakan karyanya untuk kepentingan diri sendiri. Malah dia juga berkata mereka ini tidak meminta keizinannya dan menyalahgunakan karya-karya seninya.

ARTIKEL MENARIK:Nur Sajat Sedih Kedai Emas Dipecah Masuk




Foto – @akuamysearch (Instagram)

“Saya tidak akan halalkan dunia akhirat kepada mereka yang merompak hasil seni suara saya”, tulisnya.

Tegas pelatun lagu Isabella ini, dia tidak mahu menghalalkan dan redha dengan mereka yang menyalahgunakan karya seninya serta tidak meminta izin kepadanya. Tambahnya lagi, dia meminta mereka ini untuk hentikan perkara tersebut dan mencari rezeki dengan cara yang betul.



Loading...




Foto – @akuamysearch (Instagram)

“Amalkan surah Al-Waqiah. Carilah rezeki yang halal. Bukan dengan merompak hasil kerja orang lain”, dedah Amy Search.

Tak mudah tau nak rakam dan hasilkan sebuah lagu. Jadi hormat dan minta izin pada pemiliknya terlebih dahulu. 


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post