Sultan Johor Titah TMJ Cari Azman Naim, Penyanyi Parodi Lagu ‘My Sejahtera Way’?

Sultan Johor Titah TMJ Cari Azman Naim, Penyanyi Parodi Lagu ‘My Sejahtera Way’?

Siapa sangka, dengan hobi membuat parodi lagu tentang isu semasa, lelaki ini mendapat perhatian Sultan Johor.

Sultan Johor Titah TMJ Cari Azman Naim, Penyanyi Parodi Lagu ‘My Sejahtera Way’?



Lelaki dengan nama @azmannaim44mantra atau nama sebenar Azman Naim ini dahulu yang pernah viral dengan lagu raya PKP dan sekaligus dia dikenali dikalangan warganet.

ARTIKEL MENARIK:Dis4mun Ketika Hantar Makanan, Tangan Kanan Siti Nur Azizah Terpksa Dip0tong


Kini dia muncul lagu terbaru berjudul ‘My Sejahtera Way’ yang diambil dari lagu sebenar berjudul My Way nyanyian Frank Sinatra. Manariknya, dia membuat parodi lagu dengan lirik yang dikaitkan dengan situasi sekarang.

Bukan sahaja warganet berkongsi video parodinya, malah Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut berkongsi sedutan video parodinya di laman instagram rasminya. TMJ menulis;

“First Class, Legend”- tulisnya di IG Story.

Dalam pada itu, di IG story yang berbeza, TMJ berkata Sultan Johor turut menitahkan untuk mencari Azman.

“Siapa kenal dia dan di mana saya boleh cari dia ni? DYMM Tuanku titah saya cari dia. First Class. Legend”- ujarnya



Loading...


Azman Beri Respon


Azman yang sedar dirinya sedang dicari Sultan Ibrahim turut memberi maklumbalas terhadap posting TMJ.

“MENJUNJUNG KASIH Sultan Ibrahim Sultan Iskandar & HRH Crown Prince of Johor “- balasnya di Facebook

Apa-apa pun, kami di Murai mengucapkan syabas kepada Azman kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan tekanan kita semua. Kita doakan semua dapat segera menerima dua dos vaksin tak lama lagi.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post