Pendakwah terkenal tanah air yang didakwa dalam kes gangguan seksual hadir ke Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.
Sebuah kereta pacuan empat roda Hilux yang dipercayai membawa pendakwah berkenaan tiba di pintu masuk utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu sekitar pukul 8.59 pagi.
ARTIKEL MENARIK:VIDEO “Puluhan Ikan Puyu Naik Ke Darat Di Luar Sebuah Surau” Cetus Tanda Tanya Penduduk
Difahamkan, seorang individu yang memakai kopiah dilihat turun daripada kereta tersebut bagaimanapun wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas.
Beberapa individu disyaki anggota polis berpakaian biasa dilihat cuba mengepung beliau seperti mahu mengelak pendakwah itu dirakam media atau orang awam.
Namun begitu, pengamal media dan jurukamera yang berkumpul di hadapan Bukit Aman tidak sempat merakam kemunculan individu itu dengan jelas ekoran dihalang anggota polis yang menutup ruang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi sebentar tadi enggan mengulas lanjut berkenaan kehadiran individu tersebut.
“Sekejap lagi satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan yang boleh sahkan kehadiran (pendakwah terkenal),” tegasnya.
Semalam, sumber memberitahu bahawa pendakwah terkenal itu dipanggil Bukit Aman untuk diambil keterangan hari ini berkenaan dakwaan gangguan seksual.
Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.
Kredit -Suaraviral
Post a Comment