Ibarat ‘tsunami kecil’ itulah yang digambarkan penduduk yang terjejas dalam tragedi kepala air dan tanah runtuh di Pusat Rekreasi Titi Hayun, Yan, Kedah semalam.
Menurut Harian Metro, setakat ini tiga mangsa dilaporkan hilang, seorang ditemui selamat dan seorang lagi meninggal dunia selepas dihanyutkan air deras.
ARTIKEL MENARIK:Wartawan Ini Ded4h Apa Akan Jadi Jika Ismail Sabri Menjadi Perdana Menteri
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan setakat ini hanya seorang mangsa yang ditemui selamat dan dibawa turun dengan bantuan pasukan penyelamat.
“Seorang lagi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Operasi pencarian mangsa akan disambung pagi ini dengan bantuan pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung,” katanya.
“Kenderaan bomba tidak boleh masuk, arus terlalu kuat”
Dalam pada itu. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihak mereka telah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.17 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan tiba di lokasi jam 4.28 petang.
Jumlah keseluruhan mangsa di lokasi adalah seramai 22 orang, walau bagaimanapun 16 orang daripadanya selamat.
Ketika pasukan tiba di lokasi, kenderaan bomba tidak boleh memasuki kawasan itu disebabkan arus kuat.
“Komander operasi melaporkan terdapat beberapa yang berada berhampiran alur air terjun dipercayai tenggelam,” katanya.
Ketika pasukan operasi tiba, paras air ketika itu dianggarkan lebih daripada 1 meter. Komander operasi bersama anggota operasi mencari dan menyelamat selepas air mulai surut.
“Pada 11.15 malam, komander operasi melaporkan penemuan dua mangsa, dianggarkan 400 meter dari Titi Hayun.
“Seorang daripada mangsa dipercayai meninggal dunia dan disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala seorang mangsa lagi selamat tetapi mengalami kecederaan,” katanya lagi.
Netizen terkejut lihat bencana di media sosial
Rata-rata netizen yang melihat video tular kejadian kepala air di Titi Hayun dan tanah runtuh di kaki Gunung Jerai berasa terkejut dan meluahkan rasa bimbang mereka terhadap keadaan penduduk di sana.
Ramai juga berdoa semoga mereka yang terlibat selamat dan keadaan bertambah baik hari ini.
Baru terjadi sebentar tadi.Semoga penduduk-penduduk di sekitarnya selamat.Lokasi: Titi Hayun, Gunung Jerai, Yan, Kedah
Posted by Kedah Kini on Wednesday, August 18, 2021
Tanah runtuh jalan ke Gunung Jerai.. Semoga dipermudahkan urusan semua..
Posted by Kedah Kini on Wednesday, August 18, 2021
Marilah kita mendoakan semoga penduduk di sana selamat. Risau tengok kepala air tu deras turun.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
Post a Comment