“Masih boleh ke kita terima kalau orang tukar muka ayah kita jadi anjing?” -Shuk

“Masih boleh ke kita terima kalau orang tukar muka ayah kita jadi anjing?” -Shuk

Kontroversi melibatkan pelawak terkenal, Shuk Sahar dengan bekas’ kekasih gelapnya’ kerap kali menjadi perbualan di media sosial susulan serang-serangan di Instagram antara mereka berdua.

“Masih boleh ke kita terima kalau orang tukar muka ayah kita jadi anjing?” -Shuk



Baru-baru ini, wanita tersebut telah memuat naik video memperlihatkan pelawak tersebut tidak berbaju di katil hotel. Walau bagaimanapun, Shuk telah memaklumkan bahawa video tersebut merupakan video lama dan dia serta isteri sudahpun membuat laporan polis.

ARTIKEL MENARIK:Nama sekali lagi terkait kontroversi, Shuk Sahar buat laporan polis


Gambar bapa disunting dengan gambar anjing

Kali ini, Shuk  telah memuat naik satu tangkapan layar IG story wanita tersebut yang telah membuat postingan gambar bapanya yang telah disunting dengan gambar anjing sambil mendukung kanak-kanak yang diletakkan gambar babi.

Dah lama simpan cuma rasa nak kongsi pula…

Tindakan biadap itu membuatkan Shuk bertanya kepada orang ramai adakah kita masih boleh terima andai wajah orang tua kita diedit dengan gambar haiwan.



Loading...


Pengacara I Can See Your Voice Malaysia itu juga sempat memberitahu yang tangkapan layar tersebut sudah lama disimpan dan hari ini terdetik ingin berkongsi ke media sosial.

Walau bagaimanapun, Shuk telah memadam posting tersebut di ruangan Instagramnya selepas memuat naik pada awal pagi tadi.

Konflik antara pelawak tersebut bersama wanita itu tercetus apabila hubungan cinta mereka diketahui isteri dan sudah beberapa kali kecurangannya telah didedahkan.

Namun begitu, rumah tangga selebriti tersebut masih utuh dan dia serta isteri dilihat sama-sama sedang menangkis beberapa kenyataan yang disebarkan oleh wanita itu di media sosial tempoh hari.

Sumber: Instagram Shuk Sahar via ohmymedia




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post