Terus Melonjak, 19,819 Kes COVID-19 Hari Ini

Terus Melonjak, 19,819 Kes COVID-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi dengan 19,819 kes dilaporkan hari ini.

Terus Melonjak, 19,819 Kes COVID-19 Hari Ini



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia sekaligus menjadikan jumlah kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 1,183,110 kes.

ARTIKEL MENARIK:Dakwaan warga emas mati akibat Covid-19 disiasat


Katanya, semua negeri mencatatkan kes hari ini dan lima negeri dan wilayah melaporkan kes empat angka termasuk Selangor dengan 8,377 kes, Kuala Lumpur (2,467), Johor (1,162), Kedah (1,371) dan Kelantan (1,003).


Loading...


“Selain itu ialah Sabah dengan 949 kes baharu, Pulau Pinang (867), Negeri Sembilan (800), Perak (662), Pahang (558) Sarawak (552) dan Melaka (508).

“Turut mencatatkan kes ialah Terengganu iaitu 481 kes, Putrajaya (46) Perlis (11) dan Labuan (lima),” katanya dalam Facebook, hari ini. – BH Online

mynewshub


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post