SEJAK Ahad, nama Shuk Sahar kembali menjadi perhatian ramai setelah video pendek yang memaparkan pengacara dan pelawak itu tidak berbaju di dalam sebuah bilik hotel tular di media sosial.
Tidak menafikan lelaki dalam video itu dirinya, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, memberitahu ia adalah video lama.
ARTIKEL MENARIK:Biar Betul?! 4 Punca Kenapa Lana Nodin & Netizen Mahu DG Hisham Letak Jawatan
“Apa yang berlaku biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan. Balai Polis lah cerita.
“Tengok badan pun tahu siapa orang lama. Ada video malas nak share je,” ujarnya menerusi beberapa video yang dimuat naik menerusi Insta Story Instagram miliknya.
Menjawab soalan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dalam video berlainan, Shuk berkata, dia melihat perkongsian video lama itu sebagai salah satu percubaan pemasaran.
“Takkanlah video baharu, kan kita tengah keluar berdua ni (bersama isteri). Lagipun, badan sekarang tengah gemuk ni
“Nak buat macam mana… marketing. Tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aib,” ujarnya.
Tidak mahu kontroversi terus berlanjutan, Shuk dan Sera telah membuat laporan polis di Balai Polis Pudu malam tadi.
Pengacara I Can See Your Voice Malaysia itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak lain yang memberi sokongan kepadanya dalam menghadapi kontroversi ini.
“Alhamdulillah baru balik (dari membuat laporan polis). Buat sementara waktu ini, terima kasih pada yang memberi sokongan. Yang doakan, Insya-ALLAH doakan yang baik-baik,” katanya.
Nama Shuk sebelum ini beberapa kali terkait dengan kes kecurangan dengan seorang wanita yang didedahkan sendiri oleh isterinya.
Bagaimanapun Shuk yang mengakui kesilapannya memilih untuk pulang kepada isterinya.
Kredit -Sinar Plus.
Post a Comment